Arsene Wenger: ‘Saya Habiskan 99% Hidup Saya Untuk Menggembirakan Anda Semua’

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger meminta penyokong termasuk yang suka merungut agar terus berada di belakang kelab. Beliau juga meminta sokongan penuh daripada semua pihak di Arsenal.

Sebelum itu dewan perwakilan menjadi sedikit tegang apabila pemilik saham diminta mengundi sekali lagi untuk jawatan Pengerusi yang dimenangi sekali lagi Sir Chips Keswick.

Keswick menang besar sekali lagi dengan kebanyakan undi daripada 67% hak undian dimiliki Kroenke. Hasrat penyokong Arsenal untuk melihat Keswick digantikan tidak kesampaian.

Seorang penyokong veteran yang hadir, Richard Davis berkata:

“Ini adalah perhimpunan agung tahunan Arsenal yang paling bising dalam tempoh 50 tahun yang pernah saya saksikan.”

Banyak isu yang panas dibangkitkan. Aturcara majlis tidak disusun dengan baik. Sehinggakan masalah kerusi tidak cukup pun ada kali ini.

Wenger minta sokongan

Arsene Wenger berucap di dalam mesyuarat agung tersebut. Selain daripada meminta sokongan semua pihak, beliau juga memberitahu yang beliau lebih ‘dahagakan kejayaan’ lebih daripada sebelum ini.

“Saya mendedikasikan 99% hidup saya untuk buat anda semua gembira. Lihatlah apa berlaku hari ini, ia bukan mudah untuk kita capai tahap ini.”

“Arsenal hari ini sangat dihormati. Kita mewakili sesuatu yang luar biasa. Itulah tradisi kelas (class) yang kita miliki.”

“Saya meminta semua orang berada di belakang pasukan. Kami menerima penilaian anda pada akhir musim tetapi kami perlukan anda di belakang kami.”

“Bagi saya pada hari ini paling penting adalah cara bermain, memenangi trofi dan menang setiap perlawanan. Jangan anda ingat saya tidak tahu akan hal itu.”

“Sebaik sahaja kita kalah dalam sesuatu perlawanan kita akan tahu bahawa ada sesuatu ‘idea’ yang tidak cukup baik.”

“Saya kini lebih komited dan lebih dahagakan kejayaan lebih daripada sebelum ini. Tidak kira apa berlaku suatu hari nanti, saya akan sentiasa menyayangi kelab ini selamanya dan menjadi penyokong sejati kelab ini.”

Arsene Wenger juga memberitahu yang agak sukar untuk memenangi kejuaraan Eropah. Beliau mengambil contoh Aston Villa:

“Jika anda tanya, adakah Aston Villa akan memenangi kejohanan Eropah (UCL) pada hari ini, anda akan berkata ia satu lawak jenaka.”

Wenger cuba memberitahu yang kejohanan Eropah seperti UCL kini tertumpu kepada kelompok elit kelab Eropah dan Arsenal berada dalam kelompok itu kerana corak pengurusan yang beliau miliki.

Pengurusan kewangan yang stabil membuatkan mereka terus kekal bersaing dengan kelompok elit.

Ada ‘shareholder’ yang mencelah dan menjawab Wenger”

“Sekurang-kurangnya mereka pernah menang (UCL).”

Dewan perwakilan menjadi gegak gempita seketika.

Arsene Wenger mendapat sokongan yang kuat daripada Stan Kroenke yang percaya Wenger adalah pengurus yang terbaik untuk Arsenal buat masa ini dengan mengambil kira pelan jangka panjang.

Sumber

Independent – http://www.independent.co.uk/sport/football/premier-league/arsenal-agm-arsene-wenger-stan-kroenke-ivan-gazidis-sir-chips-keswick-a8022236.html

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN