Apa Makna Di Sebalik Video Salam Perpisahan GB13 Ini?

Semalam kami agak terkejut dengan satu montaj daripada GB13. Kapsyen pada video tersebut adalah:

“The Farewell Match. Its time to say goodbye.” / “Perlawanan Perpisahan. Masanya untuk ucap selamat tinggal.”

Sarawak vs T-Team 28.10.2017.

GB13 adalah ultras pasukan Sarawak yang sudah lama ditubuhkan dalam senario bola sepak Malaysia. Kumpulan garis keras ini ditubuhkan pada 2011.

Pada pertemuan pertama, hanya belasan orang sahaja yang hadir dalam mesyuarat untuk penubuhan kumpulan ultras ini.

6 tahun sudah mereka bersama-sama dengan pasukan Sarawak. Antara kejayaan manis pastinya melihat kejayaan Sarawak naik semula ke liga utama, Liga Super pada 2014.

Banyak pengorbanan ultras ini demi pasukan Sarawak. Sokongan mereka bersama-sama pasukan Sarawak ke mana sahaja. Musim ini mereka mengembara sehingga ke Kedah.

Perjalanan paling jauh dan mencabar pastinya ketika berkunjung ke Singapura dalam beberapa musim yang lalu. Ini adalah video perpisahan GB13.

Dalam video berdurasi 1 minit 56 saat itu memaparkan detik-detik ketika GB13 bersorak untuk pasukan Sarawak. Kesan khas sephia digunakan dengan tema lagu yang agak sedih.

Ada beberapa khabar angin dari Sarawak yang menyatakan GB13 mungkin akan dikuburkan.

Tinjauan kami di ruangan komen, ada beberapa penyokong Sarawak risau dan tidak sanggup menerima jika benar GB13 ini akan dikuburkan.

Rasanya, satu kehilangan yang besar untuk bola sepak Sarawak jika GB13 dikuburkan! Kami berharap ia tidak berlaku.

Siapa lagi yang mahu bersorak nyaring demi pasukan Sarawak selepas ini?

Dan mungkin video ini hanya dihasilkan untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Liga Super? Tetapi perjuangan Sarawak masih belum berakhir.

Adakah ia sindiran kepada kemungkinan Sarawak akan disingkirkan walaupun mereka menang kerana masih belum lulus lesen Liga Super? Begitu banyak persoalan yang berlegar buat masa ini.

Di kala ramai penyokong Sarawak sudah tawar hati dengan skuad Bujang Senang dan di media sosial banyak cacian dilemparkan kepada pasukan Sarawak, GB13 teruskan ‘tanggunjawab’ mereka terus bersama-sama pasukan Sarawak.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN