Sakho Jelaskan Insiden Meraikan Gol Dengan Benteke, Tiada Motif Peribadi

Senario di Anfield ketika Mamadou Sakho meraikan gol dengan Christian Benteke mendapat kecaman daripada peminat dan beberapa media pro-Liverpool.

Bagi mereka, Sakho tidak sepatutnya meraikan gol itu di hadapan penyokong kerana beliau masih ada kontrak dengan Liverpool.

Untuk makluman, Sakho adalah pemain pinjaman di Crystal Palace. Manakala Benteke pula pemain yang sudah dilepaskan secara tetap ke kelab tersebut.

Anfield terdiam dua kali dek penangan bekas penyerang The Reds, Christian Benteke.

Namun satu detik di mana Benteke dan Sakho melakukan keraian senyap telah mengundang kontroversi.

Mamadou Sakho sebelum perlawanan ini memberitahu yang beliau masih mencuba untuk meyakinkan Jurgen Klopp bahawa beliau mahu kembali ke Anfield.

Namun selepas insiden itu, rasanya, Sakho bukan sahaja meretakkan hubungan beliaua dan Klopp. Malah dengan penyokong Liverpool.

Sakho disisihkan Klopp selepas beberapa teguran secara peribadi ke atas sikap beliau yang tidak profesional di dalam pasukan.

Ianya diburukkan lagi dengan insiden meluahkan perasaan tidak puas hati di snapchat. Sakho melanggar etika menggunakan media sosial yang telah ditetapkan oleh kelab.

Berbalik kepada insiden keraian senyap yang dianggap protes senyap di Anfield. Sakho menjelaskan kepada Echo:

“Apabila Christian menjaringkan gol, saya kekal di tempat duduk saya dan saya memang tidak mahu meraikannya. Ini kerana saya mahu menghormati kelab dan penyokong saya (Liverpool adalah kelab Sakho).”

“Tetapi reaksi itu (spontan) apabila Benteke menuju ke arah saya. Dia pun ‘mengajak’ saya melakukan hand check persahabatan seperti yang kami selalu lakukan.”

“Saya boleh katakan, tidak ada apa-apa motif di sebalik semua itu. Ianya cuma 2 sahabat yang bermain untuk pasukan yang sama dengan tujuan yang sama iaitu cuba mendapat 3 mata dari setiap perlawanan.”

“Ini penting untuk membantu pasukan terus kekal di EPL

“Saya mungkin akan melakukan perkara yang serupa jika Benteke datang ke arah saya untuk gol kedua.”

Baca juga: Biar Jasa Allahyarham Datuk Paduka Ahmad Basri Akil Jadi Kenangan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN