AS Roma Sah Lantik Monchi Jadi Pengarah Sukan

AS Roma mengesahkan perlantikan Monchi sebagai Pengarah Sukan baru kelab tersebut. Monchi membuat keputusan sukar itu selepas 17 tahun berkhidmat untuk Sevilla.

16 final dan 9 trofi untuk Sevilla sepanjang tempoh beliau menjadi Pengarah Sukan di sana.

Beliau juga berkhidmat untuk Sevilla sepanjang karier beliau sebagai pemain.

Kepada anda yang belum kenal dengan Monchi, anda boleh baca kisah beliau dalam artikel, Kenali Monchi, Bos Bahagian Scouting Yang Bertanggnungjawab Mengkayakan Sevilla.

Monchi dianggap Pengarah Sukan yang paling berjaya dalam sejarah bola sepak di Eropah khususnya. Beliau telah banyak mendapatkan pemain dengan kos murah dan menjual mereka dengan harga yang sangat tinggi.

Antaranya termasuk Jesus Navas, Jose Antonio Reyes, Sergio Ramos, Carlos Bacca, Dani Alves dan Ivan Rakitic.

Sistem scouting beliau telah membantu Sevilla keluar daripada krisis kewangan serta kemuflisan.

Monchi sebelum ini dikaitkan dengan Marseille dan PSG, namun beliau membuat keputusan untuk menyertai AS Roma dengan kontrak 4 tahun.

Dalam kenyataan rasmi Presiden Roma berkata:

“Saya sangat gembira dengan perlantikan Monchi yang dikenali sebagai salah seorang pemikir terbaik dalam bola sepak dunia.”

PESCARA, ITALY – APRIL 24: New AS Roma sporting Director Monchi meets and Radja Nainggolan and Daniele De Rossi before the Serie A match between Pescara Calcio and AS Roma at Adriatico Stadium on April 24, 2017 in Pescara, Italy. (Photo by Luciano Rossi/AS Roma via Getty Images)

Monchi juga gembira dengan cabaran baru beliau dan berkata:

“Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada Presiden, Jim Pallotta dan semua barisan eksekutif kelab ini yang memberikan kepercayaan kepada saya untuk memegang jawatan ini.”

“Ini satu projek yang mengujakan dan saya sudah tidak sabar-sabar untuk berkhidmat kepada penyokong, staf, dan pemain untuk kelab ikonik ini selama yang mungkin.”

Baca juga: UiTM Ikat PKNP 1-1, Shahrel Fikri & Akanni Sunday Terus Jaring Gol

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN