UiTM Ikat PKNP 1-1, Shahrel Fikri & Akanni Sunday Terus Jaring Gol

UiTM berjaya mengikat pelawat PKNP 1-1 dalam aksi 100Plus Liga Premier yang menghiburkan di Stadium UiTM Shah Alam petang Selasa tadi. Gol dijaringkan oleh dua penyerang yang sedang berada dalam kemuncak prestasi masing-masing, Shahrel Fikri (PKNP) dan Akanni Sunday (UiTM).

Tuan rumah UiTM yang segar selepas kemenangan 4-0 menentang Terengganu 14 April lepas turun dengan strategi taktikal sama, iaitu formasi 5-3-2.

Onoriode Kughegbe bergandingan dengan Syed Ariff dan Faiz Bandong untuk membentuk back three UiTM. Di bahagian tengah, Do Dong-hyun berpasangan dengan Izman Solehin dan Dechi N’Guessan.

Manakala di bahagian serangan, Akanni Sunday yang sudah menjaringkan 3 gol dalam 2 perlawanan liga sepanjang April 2017 bertindak sebagai pengemudi bersama Asnan Awal.

PKNP juga tak banyak melakukan perubahan. Turun dengan formasi 4-2-1-3 yang disulam dengan high pressing yang intensif, PKNP sekali lagi mempertaruh kudrat Shahrel Fikri di sayap kiri, Deevan Raj di sayap kanan dan Gilberto Fortunato dan Vincent Lucas di tengah.

PKNP bermula kuat

Sebaik wisel mula ditiup, jelas strategi high pressing PKNP membuatkan jentera tengah UiTM tak selesa. Dalam masa kurang 2 minit perlawanan bermula, PKNP sudah mengancam kubu UiTM dengan percubaan jarak jauh Gilberto.

Sekali-sekala UiTM cuba mengancam kelemahan ketara PKNP yang gugup mempertahankan kubu mereka semasa set-pieces. Tetapi semakin lama perlawanan berlangsung, pertahanan PKNP bertambah yakin – sekaligus menyukarkan lagi kerja Sunday.

Detik perlawanan berubah pada minit ke-13 apabila Shahrel Fikri menanduk lambung gol pertama perlawanan hasil hantaran lintang sebelah kanan yang gagal dikeluarkan pertahanan UiTM. Ini adalah gol ke-4 Shahrel dalam 5 perlawanan sepanjang April 2017.

Sumber: Facebook UiTM FC

Jika anda menjangkakan perlawnan bertambah rancak selepas gol Shahrel, anda silap.

Perlawanan bertukar menjadi bosan selepas itu. Dengan PKNP yang semakin mengurangkan intensiti pressing mereka, UiTM pula bergelut untuk memecah kubu PKNP.

Kerap kali UiTM terlalu mengharapkan Sunday untuk mencipta peluang. Tetapi Sunday gagal menewaskan fizikaliti 2 pertahanan tengah PKNP, Ritus Krjauklis dan V. Sarkunan.

Manakala pasangan serangan Sunday, Asnan Awal pula gagal memberikan apa-apa sumbangan bermakna kepada jentera serangan.

UiTM tukar strategi

10 minit selepas separuh masa kedua bermula, ketua jurulatih UiTM memasukkan Sadam Hashim – seorang penyerang – dan menukar formasi pasukannya daripada 5-3-2 kepada 4-4-2.

Bagaimanapun pertukaran itu seakan gagal membuahkan hasil yang diharapkan. Sebaliknya, PKNP yang menjadi lebih berbahaya.

Dalam masa 7 minit selepas pertukaran strategi itu, PKNP dua kali mempunyai percubaan jarak dekat. Bagaimanapun percubaan Gilberto dan Fadhil Idris lemah dan mudah diselamatkan penjaga gol UiTM, Mohamad Soffuan.

UiTM tingkatkan tempo

Menyedari sesuatu perlu berubah jika mereka mahukan gol penyamaan, UiTM mula mempertingkatkan tempo hantaran mereka di bahagian final third.

Kali ini hasilnya menjadi. UiTM mula mendapat peluang demi peluang. Paling hampir, percubaan jarak dekat Izman Solehin hasil sepakan sudut pada minit 70′. Percubaannya tersasar. Tetapi PKNP mula terancam.

Sedang sibuk UiTM menyerang, Gilberto hampir-hampir menghukum pertahanan UiTM yang leka apabila percubaan jarak dekatnya diselamatkan penjaga gol pada minit 73′.

Ia bagaikan amaran kepada UiTM supaya jangan leka ketika sibuk menyerang.

Pada minit 76′ usaha UiTM akhirnya berhasil. Hasil daripada sepakan percuma dari jarak 35 meter, sepakan N’Guessan ymenemui kepala Sunday untuk gol penyamaan UiTM. Ini adalah gol ke-4 Sunday dalam 3 perlawanan sepanjang April 2017.

PKNP bangkit

Susulan gol penyamaan UiTM tersebut, PKNP cuba bangkit. Biarpun dipaksa bertahan oleh UiTM yang semakin agresif menyerang, PKNP tetap berjaya mengancam kubu UiTM melalui serangan balas yang kemas dan pantas.

Paling hampir adalah percubaan 1v1 penyerang gantian PKNP, Norhamizaref pada minit ke-88.

Ketika beliau hanya tinggal mempunyai penjaga gol untuk ditewaskan, Norhamizaref yang masuk menggantikan Shahrel Fikri memilih untuk membuat rembatan paras dada yang tepat ke penjaga gol UiTM.

Keputusan perlawanan kekal 1-1 sehingga tamat perlawanan. Biarpun gagal mencari pemenang, perlawanan ini adalah perlawanan yang menghiburkan buat 695 penonton yang hadir ke Stadium UiTM Shah Alam.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN