Kita selalu mendengar jurulatih bola sepak menyalahkan unsur-unsur luar seperti saiz padang sebagai alasan kekalahan pasukan mereka.
Alasan yang paling popular adalah pengadil berat sebelah. K. Rajagobal langsung tidak menyentuh jersi hitam kuning Harimau Malaya selepas kekalahan 5-1 kepada Indonesia pada tahun 2010.
Jersi ‘suey’ bagi K. Rajagobal (Kredit: football-uniform.seesaa.net)
Sir Alex Ferguson pernah menyalahkan jersi ketiga Manchester United yang berwarna kelabu selepas Man Utd ketinggalan 0-3 kepada Southampton pada separuh masa pertama.
Pada 1998, ketika mengurus Newcastle United Kenny Dalglish pernah menyalahkan ‘kelantunan (bounciness) bola’ selepas Newcastle seri dengan pasukan liga keempat.
Pemain Man Utd jadi ghaib bila memakai jersi kelabu, kata Ferguson (kredit: Daily Mail UK)
Baru-baru ini, jurulatih Tottenham Hotspurs Mauricio Pochettino menyalahkan padang stadium mereka atas kekalahan 1-2 terhadap Newcastle. Pochettino berkata:
“Stail permainan kami memerlukan ruang yang lebih luas kerana kami memberi penekanan terhadap aspek taktikal.”
“Memang betul White Hart lane agak sempit dan ini menguntungkan lawan kami yang gemar bertahan apabila datang bermain di sini.”
“Pada Ahad lepas, Newcastle mempunyai 2 shots on target dan dua-duanya terus gol. Sepanjang perlawanan mereka asyik bertahan.”
“West Brom main bertahan. Liverpool juga sama. Ini menyukarkan kita untuk menyerang.”
Padang White Hart Lane yang dikatakan Pochettino terlalu kecil (Kredit: Wikipedia)
Baca: DeAndre Yedlin: Pertahanan Spurs Yang Tersenarai Sebagai 10 Pemain Terlaju FIFA 15
Dalam peraturan England FA, panjang padang mestilah 105 meter dan lebarnya mestilah 68 meter.
Tetapi pengecualian diberikan kepada stadium yang tidak boleh mengubah dimensi padang mereka atas faktor-faktor yang tak dapat dielakkan (biasanya stadium yang memerlukan kerja construction berbulan-bulan untuk mematuhi peraturan ini).
10 kelab EPL mematuhi syarat 105m x 68m iaitu – Arsenal, Aston Villa, Hull, Manchester City, Manchester United, Newcastle, Southampton, Sunderland, Swansea and West Bromwich Albion.
Padang Stadium Emirates (kredit: Stadium Guide)
Dimensi padang Stamford Bridge (Chelsea) adalah 103m x 67m. Dimensi padang Anfield (Liverpool) adalah 101m x 68m. Padang White Hart Lane (Tottenham Hotspur) berukuran 100m x 67m.
Padang Stoke dan QPR adalah yang paling kecil – 100m x 66m. Padang Barcelona yang anda nampak besar semacam di TV sebenarnya berukuran dimensi biasa – 105m x 68m.
Yes yes. Messi scored 250 goals in La Liga BUT CAN HE DO ON A COLD RAINY NIGHT IN STOKE?
Apa masalahnya bila padang kecil, sempit, luas, panjang? Padang juga tu..?
Padang yang pendek dan sempit – seperti di Britannia Stadium (Stoke City) dan Loftus Road (QPR) sesuai untuk pasukan yang bermain taktik long ball.
Bola senang sampai ke kawasan penalti lawan kerana pendek dan pemain sayap lawan akan tenggelam dalam permainan kerana ruang mereka untuk menggelecek kecil kerana sempit.
Sekaligus mengurangkan bahaya pasukan besar-besar yang suka pakai pemain sayap yang mahal-mahal.
Di padang yang sempit dan pendek, pemain kerdil seperti Cazorla tidak mempunyai banyak ruang untuk menonjolkan skilnya. (Kredit: Zimbio)
Padang yang pendek tetapi luas – seperti Highbury (Arsenal sebelum 2006) dan Anfield (Liverpool) sesuai untuk pasukan yang mempunyai pemain sayap yang bagus dan pemain tengah yang besar-besar.
Ingat lagi gol larian solo Henry ketika menentang Tottenham Hotspurs pada tahun 2002 di Highbury? kami ragu-ragu gol tersebut boleh diulang di padang yang panjang.
Siaz padang yang luas tetapi pendek memberi kelebihan kepada Henry yang gemar mencari ruang di bahagian sayap sebelum memulakan larian terus ke arah gol (kredit: Proyectopremier)
Saiz padang yang panjang dan sempit – seperti Riverside Stadium (Middlesbrough era Steve McClaren) sesuai untuk pasukan yang gemar bermain di zon tengah dan tiada pemain sayap yang bagus. Biasanya mereka menggunakan taktik 3-5-2 atau 4-4-2 diamond.
Di Riverside Stadium, pemain sayap yang berskil tetapi tidak laju seperti Stewart Downing menyerlah. Dan jangan lupa dengan Adam Johnson dan Franck Queudrue.
Akhir sekali, saiz padang yang panjang dan luas – seperti di Old Trafford (Man Utd), Emirates (Arsenal) atau Camp Nou (Barcelona).
Saiz padang sebegini sesuai untuk pasukan yang mempunyai pemain tengah dan sayap yang dahsyat skilnya. Pemain tengah yang bertubuh kecil sesuai bermain di padang sebegini.
Saiz padang ini memberi ruang yang amat luas kepada pemain berskil untuk bermain.
Iniesta mungkin si katik tetapi di padang yang luas dan besar, dia adalah raja. (Kredit: InsideSpanishFootball)
Adakah pasukan bola sepak profesional membuat persediaan istimewa apabila mereka bermain di padang yang dimensinya berbeza?
Ya dan tidak. Kebanyakkan tidak. Tetapi pengurus seperti Marcelo Bielsa, Zdenek Zeman, Helenio Hererra dan Pep Guardiola mengambil kira faktor dimensi padang dalam persiapan taktikal pasukan mereka.
Marcelo Bielsa terkenal kerana selalu mengukur panjang dan lebar padang tempat lawan dengan mengira langkahnya.
Orang tua-tua kata jangan duduk atas bekas letak makanan. Nyata sekali, orang tua-tua dahulu belum jumpa dengan Marcelo Bielsa lagi. He’ll do whatever he want. (Kredit: Claude Paris AP)
Pep Guardiola memperkenalkan posisi baru dalam bola sepak (yang dikenali sebagai ‘Busquet role atau half-back) untuk menggunakan keluasan saiz padang Camp Nou secara maksimum.
Pengenalan ‘Busquet role’ membolehkan Dani Alves dan Jordi Alba bermain seperti winger sedangkan beliau bermula sebagai wing back. (Kredit: Barcelonafootballblog)
Stadium bukit Jalil mempunyai dimensi saiz padang yang maksimum dan akan memihak kepada pasukan yang mempunyai pemain yang berskil di bahagian tengah dan sayap, stamina yang tinggi dan lancar memindahkan bola dari zon tengah ke zon sayap dan vice-versa.
Baca: Bolehkah Malaysia Bermain Seperti Barcelona Pada Suatu Hari Nanti?