Quantcast

ANALISIS TAKTIKAL KAJIAN & FAKTA

Final Piala Malaysia 2014 – Harimau menentang Gajah.

JDT vs Pahang

Stadium Nasional Bukit Jalil,  1 Nov. 2014

Perlawanan Final Piala Malaysia kali ini menemukan dua pasukan yang kalah pada perlawanan pertama mereka di tempat lawan . Kemudian, bangkit membelasah lawan masing-masing untuk mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2014.  Jom kita kaji secara ringkas di mana silap Kedah & Felda serta apa yang jurulatih dari Johor & Pahang lakukan untuk mengubah nasib mereka di Separuh Akhir kedua yang lepas.

 

Pahang vs Kedah

  • Kekuatan Pahang yang kita sedia maklum ialah menyerang menggunakan dua pemain sayap yang mempunyai kepantasan dan kelicikan tersendiri iaitu Encik Azamuddin  & Encik Gopi.  Di Pahang, mereka berdua diberi ruang yang sangat banyak oleh pertahanan Kedah. Tak taulah sebab nervous bermain di tempat lawan atau memang taktikal jurulatih Tan Cheng Hoe.
Kelincahan Gopi di sayap kiri Pahang adalah mimpi ngeri mana-mana bek kanan di Malaysia (Kredit: The Star)

Kelincahan Gopi di sayap kiri Pahang adalah mimpi ngeri mana-mana bek kanan di Malaysia (Kredit: The Star)

  • Situasi sangat berbeza semasa bermain di Kedah dimana Azamuddin akan sentiasa dirantai oleh 2 orang pemain, sampai dia sendiri nak koyakkan baju sebab bengang tak lepas-lepas nak crossing.  Kesan daripada kelonggaran itu Gopi menjaringkan 2 gol, manakala Azamuddin mengassist 2 gol.
Work rate Azamuddin adalah punca sayap kanan Pahang sangat sukar ditembusi dan berbahaya apabila menyerang. (Kredit: Teh Star)

Work rate Azamuddin adalah punca sayap kanan Pahang sangat sukar ditembusi dan berbahaya apabila menyerang. (Kredit: Teh Star)

  • Barisan pertahanan Pahang bermain secara ‘ physical & high defensive line’. Mereka agak kasar dan cepat menutup ruang untuk pemain Kedah . Ini menyebabkan Kedah begitu sukar untuk mengatur serangan mereka. Untuk menambahkan kesukaran Kedah, Azamuddin dan Gopi kerap turun ke bawah untuk membantu barisan pertahanan.
Satu-satunya cara untuk melepasi high defensive line Pahang adalah dengan menewaskan Damion Stewart dalam one-on-one situation. (Kredit: Sinar Harian)

Satu-satunya cara untuk melepasi high defensive line Pahang adalah dengan menewaskan Damion Stewart dalam one-on-one situation. (Kredit: Sinar Harian)

  • Hampir kesemua barisan pertahanan Kedah termasuk Kapten Kedah, Khairul Helmi  terlalu menumpukan kepada orang besi Pahang, Dickson Nwakaeme.  Ini menyebabkan Matias Conti bebas bergerak tanpa sebarang kekangan yang ketat daripada pertahanan Kedah.  3 gol berjaya dihasilkan.
Tugan Matias Conti menjaringkan gol menjadi mudah dengan kehadiran Dickson Nwakaeme yang selalu turun untuk menubungkan bahagian midfield dengan attacking. (Kredit: The Star)

Tugan Matias Conti menjaringkan gol menjadi mudah dengan kehadiran Dickson Nwakaeme yang selalu turun untuk menubungkan bahagian midfield dengan attacking. (Kredit: The Star)

 

JDT vs Felda United

  • JDT mengharapkan aura cemerlang setiap kali beraksi di Larkin supaya dapat membantu mereka mengatasi Felda.
  • Corak permainan Feda lebih ke arah untuk bertahan secara satu pasukan manakala JDT akan cuba menyerang sebaik sahaja wisel ditiup oleh pengadil. Walaupun Felda bermula dengan formasi 4-4-2 tetapi meraka beraksi seolah-olah terdapat 5 pemain di bahagian tengah mereka. Indra Putra,  Zah Rahan dan Makeche yang selalu menjadi trio untuk menjana serangan tidak begitu berminat untuk menyerang.
  • JDT meletakkan risiko untuk tidak menggunakan ‘Defensive Midfielder’  tetapi menggantikan dengan ‘Box to Box Midfielder’ iaitu Jazarin. Kelebihan yang dimiliki Jazarin iaitu kepantasan dan stamina yang tinggi digunakan untuk turun dan naik dengan cepat bertujuan membantu barisan hadapan dan pertahanan.
Aaron Ramsey Malaysia?

Dinaik pangkat dari JDT 2 ke skuad utama JDT, Jazarin Jamaluddin membolehkan JDT menyerang dengan tempo yang pantas (kredit: Sinar Harian)

  • Kedua-dua pasukan bermain dengan berhati-hati untuk separuh masa pertama. Agak sukar untuk melihat gerakan-gerakan cantik daripada kedua-dua pasukan.
  • Perubahan dilakukan JDT untuk separuh masa kedua. Nazrin Nawi masuk untuk bermain di bahagian sayap kiri dan Amri Yahya dipindahkan ke bahagian kanan. Tugas utama Amri Yahya ialah bertindak sebagai penyerang kedua (Second Striker) untuk mengelirukan pertahanan Felda United.  1 gol daripada Amri Yahya.
  • Furthermore, Barisan pertahanan Felda sukar untuk menjaga ketat 2 penyerang JDT kerana Diaz dan Figueroa acap kali turun ke bawah untuk ‘link up play’ antara barisan penyerang dan barisan tengah iaitu dikendalikan oleh Safiq Rahim dan Jazarin.

 

Fungsi Amri Yahyah sebagai 'trequarista' akan memberi kemusnahan kepada pasukan yang banyak meninggalkan ruang antara line pertahanan dan tengah. (Kredit: Sinar Harian)

Fungsi Amri Yahyah sebagai ‘trequarista’ akan memberi kemusnahan kepada pasukan yang banyak meninggalkan ruang antara line pertahanan dan tengah. (Kredit: Sinar Harian)

Kesimpulan dan apa yang mungkin disajikan dalam pertemuan JDT dan Pahang untuk perlawanan akhir nanti.

  • Dua kelab kipas susah mati iaitu Boys Of Straits dari Johor dan Tok Gajah Army dari Pahang akan menghangatkan lagi suasana perlawanan.
  • Falsafah bola sepak berbeza bakal bertembung. Pahang dengan permainan fizikal dan pantas menyerang menggunakan sayap, manakala JDT lebih berorentasikan ‘possession football’.
  • JDT akan menumpukan serangan daripada tengah dengan mengharapkan ‘link up play’ antara Diaz dan Figueroa bersama Safiq Rahim.
  • Aidil beraksi cemerlang di bahagian pertahanan kanan sepanjang kempen Piala Malaysia. Kehilangannya bakal dimanfaatkan sepenuhnya oleh barisan sayap Pahang diketuai oleh Azamuddin dan Gopi.
  • Piala Malaysia hampir sampai ke penghujungnya, oleh itu:
  • Tuai padi antara masak, Esok jangan layu-layuan,
  • Intai kami antara nampak, Esok jangan rindu-rinduan.