Safee Sali: “Betul Saya Sudah Kahwin, Apa Salahnya?”

Bekas pemain kebangsaan, Safee Sali mengakui beliau sudah pun berkahwin dengan isteri baharunya, setelah ia didedahkan sebelum itu oleh bekas pasangan, Fitria Elfina Maharip.

Semalam, laporan menyatakan Safee sudah pun sah bercerai dengan bekas isterinya tersebut setelah beberapa konflik melanda rumah tangga mereka sehingga tular di media sosial.

Menurut laporan dikeluarkan oleh Lobak Merah, kedua mereka sah bercerai talak dua di Mahkamah Rendah Syariah dan lafaz tersebut sebenarnya telah dikeluarkan oleh Safee sebelum ini menerusi aplikasi WhatsApp sejak 11 Februari lalu.

Pada masa sama, Safee juga menyatakan beliau sudah pun memiliki isteri baharu dan bekas pemain Harimau Malaya itu mahu membuka buku baharu dalam kehidupan bersama pasangannya.

“Betullah (saya sudah kahwin), apa salahnya? Bagi saya yang halal tiada salah, jadi kita teruskan sahaja kehidupan.

“Apa yang penting kini saya mahu buka buku baharu dengan terus maju ke hadapan,” kata bekas peledak berbisa Selangor itu.

Selain itu, Safee juga enggan mendedahkan isteri baharunya itu dan dinyatakan mereka sudah pun berumah tangga sejak 26 Januari lalu lagi tanpa pengetahuan sebarang pihak luar.

Terdahulu, Fitria secara jujur mengakui mental dirinya didera selama setahun sebelum beliau difailkan ‘nusyuz’ oleh Safee.

Untuk rekod, Safee dan isteri beliau iaitu Fitria Elfina telah pun bernikah pada tahun 2013 dan itu menjadi perkahwinan kali kedua buat bintang bola sepak berkenaan sebelum kini dirinya dilaporkan berkahwin buat kali ketiga secara diam-diam.

Jelas Fitria, isu ‘nusyuz’ itu tidak berlaku seperti didakwa bekas pemain bola sepak Petaling Jaya City (PJ City) tersebut dengan kononnya beliau pulang ke Batam, Indonesia dan meninggalkan anak-anak.

Sebaliknya, Fitria terpaksa meninggalkan anak-anak mereka terlebih dahulu di rumah saudaranya kerana pasport mereka dipegang oleh bekas penyerang Malaysia itu.

“Saya tidak tinggalkan anak sebaliknya titipkan (meletakkan) di rumah anak buah saya. Ini susulan kedua-dua pasport mereka dipegang Safee.

“Dia juga tidak halang saya untuk pulang (Batam). Saya balik ke Batam sebab mahu mengadu dan meminta ‘perlindungan’ daripada abang.

“Saya ke Batam, Indonesia pada 7 Februari sambil menunggu kedatangannya disebabkan dia mahu berjumpa abang saya. Benda ini (pulang ke Batam) tidak boleh di’claim’ nusyuz sebab dia tahu saya balik rumah abang,” ujar Fitria.

Apapun, kami mendoakan supaya segalanya dipermudahkan buat kedua individu tersebut dalam menyelesaikan segala kemelut melanda. Apatah lagi, mereka juga sudah mempunyai anak.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN