Teruk ‘Dibantai’ Indonesia, Vietnam Sah Singkirkan Khidmat Philippe Troussier

Vietnam nampaknya enggan menahan sabar selepas prestasi ditampilkan pasukan bola sepak mereka di pentas antarabangsa kini sangat merudum tatkala pernah bergelar selaku antara kuasa besar di Asia Tenggara.

Terbaharu, Vietnam Football Federation (VFF) sah menamatkan kontrak pengendali utama pasukan tersebut iaitu Philippe Troussier selepas beliau bertanggungjawab atas dua kekalahan berturut-turut negara itu kepada Indonesia.

Ia diumumkan sendiri melalui laman Asean Football dengan menyatakan Troussier sudah pun ditamatkan kontrak dengan lebih awal selepas merekodkan kekalahan terbaharu mereka di tangan Indonesia walaupun beraksi di halaman sendiri.

“Vietnam Football Federation (VFF) sah menamatkan kontrak jurulatih mereka iaitu Philippe Troussier secepat mungkin selepas kekalahan mereka di tangan Indonesia ketika aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 pada petang 26 Mac.

“Selepas satu tahun membimbing pasukan kebangsaan dan Vietnam bawah 23 (B-23), kejayaan terbaik Troussier hanya memenangi pingat gangsa ketika Sukan SEA 2023.

“Sementara itu, beliau juga menjadi jurulatih bersama kadar kekalahan terbesar dalam sejarah kejurulatihan negara tersebut.

“Selepas 14 perlawanan Vietnam dibimbing oleh Troussier, beliau hanya mampu merekodkan empat kemenangan sahaja bersama 10 kekalahan,” ujar laman tersebut mengenai Troussier.

Untuk rekod, pengendali berpengalaman itu jelas mengalami mimpi ngeri sepanjang beliau bergelar jurulatih utama Vietnam ketika berdepan cabaran daripada Sang Garuda.

Apa tidaknya, beliau telah pun mencatat tiga kekalahan berturut-turut kepada Indonesia sejak awal pertemuan ketika dalam saingan Piala Asia 2023 di Qatar.

Ketika itu, jaringan tunggal Asnawi Mangkualam cukup untuk mengesahkan Vietnam tewas di tangan Indonesia selain menampilkan aksi kurang menyakinkan.

Selepas itu, episod sama terus berulang beberapa hari lalu dengan Vietnam tewas dengan jumlah jaringan sama menerusi gol tunggal daripada Egy Maulana Vikri di Stadium Utama Gelora Bung Karno.

Terbaharu, Indonesia terus melengkapkan kemenangan hatrik mereka kepada Vietnam dengan Sang Garuda berjaya mencipta kemenangan bergaya 3-0 di Stadium My Dinh.

Selepas berada pada bawah era kejurulatihan Park Hang-seo yang sangat cemerlanh mengemudi Vietnam selaku antara kuasa besar Asia Tenggara, kini pasukan tersebut tampil terumbang ambing dan perubahan segera pastinya ditagih untuk memastikan mereka kekal berpengaruh dalam dunia bola sepak antarabangsa.

Sumber:
Asean Football

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN