Oman Hanya Perlukan 2 Gol Untuk Ajar Malaysia Cara Sebenar Main Bola Sepak

Oman tidak menghadapi begitu banyak masalah untuk memastikan kemenangan berturut-turut dilakar mereka pada siri Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 selepas Malaysia sekali lagi menjadi mangsa pasukan tersebut.

Dua jaringan Oman terhasil menerusi Omer Al-Malki serta Mohammed Mubarak Al-Ghafri memastikan Malaysia terkulai layu di laman sendiri iaitu Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Pada awal permainan, Arif Aiman hampir membuka jaringan awal buat Malaysia, apabila tindakan beliau merampas bola daripada pertahanan lawan menyaksikan dirinya berjaya melepaskan satu rembatan sebelum diselamatkan penjaga gol Oman.

Perlawanan terpaksa dihentikan seketika pada minit kedua, selepas penjaga gol Oman iaitu Ibrahim Al Mukhaini mengalami kecederaan selepas perlanggaran bersama pemain Harimau Malaya.

Malaysia jelas tenang menguasai permainan menerusi beberapa hantaran sesama sendiri dibuat untuk mencari sebarang peluang mendapatkan gol awal permainan.

Arif sekali lagi tampil memberi kesukaran buat pertahanan lawan menerusi kelincahan beliau berjaya mencipta satu hantaran lintang berkualiti sebelum ia gagal disambar oleh Romel Morales serta Faisal Halim pada minit kelima.

Oman hampir mendapatkan gol pertama mereka menerusi Jameel Al Yahmadi yang membuat percubaan deras dari luar kotak penalti sebelum ianya sedikit tersasar ke sebelah kanan Malaysia pada minit kelapan.

Malaysia berjaya mendapat sepakan percuma berhampiran petak penalti lawan selepas Arif Aiman dikasari oleh pertahanan Oman pada minit ke-20 untuk membuka ruang buat negara.

Namun sepakan yang diambil pemain negara tidak mengundang bahaya buat pasukan lawan sekali gus menafikan gol pertama buat Malaysia di separuh masa pertama.

Beberapa kesilapan ketara dibuat Malaysia nyaris memberi peluang cukup besar buat Oman untuk mendapatkan gol pertama mereka di SNBJ.

Pertukaran pertama terpaksa dibuat kejurulatihan negara selepas Azam Azmi mengalami kecederaan di bahagian lutut pada minit ke-25 akibat perlanggaran bersama penyerang lawan.

Memasuki minit akhir separuh masa pertama, Oman terus menggandakan asakan mereka dengan beberapa percubaan begitu berbahaya hampir mengecewakan kem kebangsaan.

Kesilapan dibuat oleh Syihan Hazmi kerana menerjah penyerang lawan memastikan pasukan pelawat mendapat sepakan penalti pada penghujung separuh masa pertama sehingga sedikit kekecohan berlaku sesama pemain di atas padang.

Omer Al-Malki mudah menjaringkan gol sulung mereka di SNBJ sekali gus meletakkan mereka 1-0 di hadapan sebelum wisel separuh masa pertama dibunyikan.

Permulaan di separuh masa kedua menyaksikan Malaysia tampil sedikit positif selepas beberapa pertukaran dibuat oleh Kim Pan-gon untuk mengukuhkan penguasaan tengah serta serangan.

Oman sekali lagi hampir menambah gol kedua mereka pada aksi tersebut menerusi satu percubaan leret yang terkena tiang gawang Malaysia sebelum diselamatkan oleh pertahanan negara pada minit ke-52.

Morales melepaskan peluang keemasan untuk mendapatkan gol penyamaan negara apabila umpanan daripada Daniel Ting gagal disudahkan oleh penyerang berbisa itu di minit ke-60.

Pada masa sama, perlawanan sekali lagi terpaksa dihentikan apabila Arif Aiman mengalami kecederaan di bahagian kepala kerana dikasari oleh pemain lawan.

Oman menutup malam gemilang mereka di gelanggang lawan menerusi jaringan kedua mereka untuk memastikan Malaysia terus kecewa di laman sendiri kali ini.

Keputusan perlawanan kekal dengan kemenangan sekali lagi herpihak buat Oman untuk mengukuhkan kedudukan mereka di peringkat Kumpulan D.

Sementara Malaysia tiada jalan lain lagi dengan mereka perlu mengelak daripada sebarang kekalahan pada baki dua perlawanan akan datang.

Kesebelasan utama

Malaysia: Ahmad Syihan Hazmi (Penjaga Gol), Muhammad Azam Azmi, Dominic Tan, Faisal Halim, Stuart Wilkin, Darren Lok, Arif Aiman, Syamer Kutty Abba, Romel Morales, Dion Cools (Kapten), Corbin Ong

Oman: Ibrahim Al Mukhaini (Penjaga Gol), Mohammed Al Musalami (Kapten), Arshad Said Al-Alawi, Ahmed Al-Khamisi, Omer Al-Malki, Jameel Al Yahmadi, Muhsen Saleh Al Ghassani, Abdul Aziz Al Shamousi, Ali Sulaiman Al-Busaidi, Salaah Al-Yahyaei, Harib Al Saadi

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN