‘31 Gol Daripada 131 Penampilan’ – Kualiti Penyerang Baharu Kedah Wajar Diragui

Kedah Darul Aman (Kedah) secara rasminya telah pun menandatangani khidmat pemain import baharu mereka dari Serbia iaitu Milos Gordic untuk memperkukuhkan aspek serangan mereka pada musim ini.

Ianya diumumkan sendiri melalui media sosial Kedah dengan menyatakan pemain tersebut sebagai rekrut terbaharu mereka pada musim ini dengan membawa status selaku penyerang import.

Malah, Milos juga dilaporkan bakal tiba sebentar lagi di Alor Setar serta akan disambut oleh Nafuzi Zain bersama pengurusan pasukan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas.

“KDA FC dengan bangga mengumumkan ketibaan Miloš Gordić, pemain berasal dari Čačak, Serbia yang sebelum ini beraksi di Liga China dan Serbia.

“Dengan fizikal sasa dan berketinggian 1.87 meter, beliau akan mengisi posisi penyerang Sang Kenari musim ini!

“Pemain berusia 31 tahun ini beraksi buat kelab Wuxi Wugo FC (China), kontrak pertama beliau diluar dari Serbia.

“Miloš Gordić akan tiba 2.30 petang ini di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Kepala Batas dan akan disambut oleh pengurusan kelab, pasukan dan ketua jurulatih bagi meraikan kedatangan ke bumi jelapang padi sebagai pemain Sang Kenari. Jom sama-sama kita berikan sambutan hangat buat Miloš,” kata kenyataan tersebut.

Untuk rekod, Milos beraksi dalam saingan divisyen kedua di China sebelum itu bersama Wuxi Wugo serta merekodkan empat gol dan empat bantuan jaringan daripada 16 penampilan secara keseluruhan.

Pemain berusia 31 tahun itu juga turut mewakili beberapa lagi kelab sepanjang karier beliau dan Kedah menjadi pasukan pertama buat Milos di Asia Tenggara pada musim ini.

Secara keseluruhan, statistik menunjukkan pemain dari Serbia ini sudah pun mewakili 10 pasukan tidak termasuk Kedah dan sudah pun merekodkan 131 penampilan bersama 31 gol dan 10 bantuan jaringan.

Musim terbaik Milos ialah pada musim 2022 ketika beliau beraksi di saingan divisyen kedua Bosnia-Herzegovina bersama FK Zvijezda 09 apabila penyerang itu merekodkan 10 gol daripada 14 penampilan.

Melihat kepada statistik tersebut, ianya boleh dianggap cukup tidak menyakinkan apatah lagi Milos bertindak selaku penyerang utama sepanjang karier beliau.

Malah, Milos juga tidak mempamerkan kualiti lebih positif pada musim lalu bersama Wuxi Wugo walaupun sekadar beraksi dalam saingan divisyen kedua di China.

Selain itu, Milos juga tidak pernah meledak lebih daripada 10 gol sepanjang karier beliau bersama pasukan berbeza kecuali ketika mewakili FK Zvijezda 09 sahaja.

Ada sesetengah kelab diwakili beliau menyaksikan Milos begitu tumpul di hadapan gol selepas tiada sebarang rekod jaringan terhasil walaupun diberi peluang beraksi dalam beberapa perlawanan.

Walaupun begitu, pastinya ada sebab Nafuzi memilih pemain berkenaan untuk beraksi di saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini walaupun Milos mempunyai rekod sangat menyedihkan selaku penyerang.

Mungkin statistik tersebut akan terus meningkat jika Milos mampu menampilkan kualiti permainan menyakinkan musim ini bersama Kedah, kerana beliau juga bakal dikelilingi pemain berkualiti tinggi untuk membantunya meledak gol seperti Sony Norde, Syafiq Ahmad, serta Habib Haroon.

Apapun, kami difahamkan Kedah berkemungkinan akan menandatangani beberapa lagi khidmat import baharu untuk memastikan mereka mampu memberi persaingan sengit buat pasukan lain.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN