Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid akhirnya menamatkan zaman bujang hari ini bersama wanita pilihan hatinya, Syifa Melvin.
Di saat rakan-rakan sepasukannya sedang melayan kunjungan Borussia Dortmund di Stadium Sultan Ismail, Safawi sedang berdepan Tok Kadi.
Majlis pernikahannya dilangsungkan di sebuah hotel terkemuka di Petaling Jaya dan disiarkan secara langsung di laman YouTube, The Melvins.
Kehilangannya ketika aksi final Piala Malaysia 2022 menentang Selangor FC dan malam ini akhirnya terjawab – beliau sibuk menguruskan majlisnya.
#BHsukan Nama Safawi Rasid tak disenaraikan JDT aksi final Piala Malaysia menentang Selangor FC malam ini.https://t.co/ggiYS9r8A0
— Berita Harian (@bharianmy) November 26, 2022
Berdasarkan kad undangan yang telah tular di media sosial sebelum ini, pasangan itu akan diraikan di Dewan Aspirasi, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dungun, Terengganu pada Sabtu ini, 3 Disember 2022.
Selepas pelbagai kontroversi melanda pasangan ini, akhirnya segalanya dileraikan dengan ikatan sah dan pastinya akan meredakan segalanya.
Mereka telah melalui naik dan turun dalam hubungan mereka selama ini sehingga dikatakan menjadi punca kemerosotan prestasi permainannya.
Kini, Safawi boleh meneruskan kariernya tanpa sebarang kontroversi lagi.
Walaupun masih bergelar pengantin baharu, Safawi dijangka akan kembali ke kem latihan skuad kebangsaan untuk menghadapi Piala AFF Mitsubishi Electric 2022 yang dijangka akan berlangsung pada hujung bulan depan.
Kami di Semuanya BOLA ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat pengantin baharu kepada Safawi Rasid dan Syifa Melvin. Didoakan semoga berbahagia hingga ke akhir hayat.