Borussia Dortmund Terlalu Kuat Untuk JDT, Kalahkan Harimau Selatan 4-1 Di SSI

Borussia Dortmund

Borussia Dortmund mencatatkan kemenangan kedua dalam siri jelajah Asia mereka selepas menumpaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) dengan jaringan 4-1.

Gol-gol terhasil menerusi Justin Njinmah, Donyell Malen, Ole Pohlmann untuk Dortmund sementara Arif Aiman menyumbang jaringan untuk tuan rumah.

JDT pada mulanya ketinggalan seawal minit ke-11 apabila Njinmah berjaya meletakkan Dortmund di depan di fasa awal permainan.

Kedua-dua pasukan menunjukkan kualiti permainan yang baik serta positif apabila JDT dan Dortmund saling berbalas serangan untuk mencari gol.

20 minit kemudian, Dortmund menambah jaringan mereka kepada dua gol apabila Malen pula mengecewakan Farizal Marlias.

Stadium Sultan Ibrahim kemudiannya gegak gempita selepas Arif Aiman berjaya mengurangkan defisit untuk membawa perlawanan ke rehat separuh masa dengan jaringan 2-1.

Bersambung di babak kedua, Dortmund dan JDT kemudiannya terus mengamalkan corak permainan positif untuk mencari jaringan.

Walaupun JDT cuba untuk menguji pertahanan Dortmund untuk mendapatkan gol, tetapi pasukan pelawat yang berjaya menambah bilangan jaringan menerusi Oleh Pohlmann sejurus permainan memasuki sejam perlawanan.

Cabaran JDT semakin sukar apabila penguasaan Dortmund semakin sukar untuk dikekang apabila Samuel Bamba merembat kencang bola untuk menewaskan Farizal.

Separuh masa kedua menyaksikan JDT mempunyai beberapa peluang keemasan terutamanya peluang 1v1 yang dimiliki oleh Akhyar Rashid dan Moussa Sidibe.

Secara keseluruhannya, permainan yang menarik ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan tetapi kualiti penyudah memisahkan antara JDT dan juga Dortmund.

Dortmund mencatatkan kemenangan kedua dalam siri jelajah Asia mereka selepas menewaskan Lion City Sailors tempoh hari.

Keputusan penuh, Johor Darul Ta’zim 1-4 Borussia Dortmund.

Kesebelasan utama

Johor Darul Ta’zim: Farizal Marlias (penjaga gol) (ketua pasukan), Shahrul Saad, Jordi Amat, Feroz Baharudin, Arif Aiman, Nazmi Faiz, Hong Wan, Afiq Fazail, La’vere Corbin-Ong, Syafiq Ahmad, Bergson da Silva

Borussia Dortmund: Alex Meyer (penjaga gol), Lion Semic, Mats Hummels (ketua pasukan), Soumaila Coulibaly, Nico Schulz, Jayden Braaf, Emre Can, Goktan Gurpuz, Marco Pasalic, Donyell Malen, Justin Njinmah

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN