Safawi Akui Sedih Gol Pertama Beliau Di Thailand Batal Kerana VAR

Bintang bola sepak negara, Safawi Rasid kini boleh dianggap sedang menikmati perjalanan karier terbaharu beliau selepas kini sudah pun beraksi dalam saingan Thai League 1 bersama Ratchaburi FC.

Selepas prestasi beliau yang kurang menyakinkan musim lalu bersama Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi Liga Malaysia (Liga-M), Safawi jelas menjadi antara mangsa kritikan ramai penyokong tempatan.

Disebabkan itu, pemilik JDT iaitu TMJ dilihat mengambil langkah untuk meminjamkan Safawi kepada Ratchaburi bagi mengembalikan keyakinan serta tahap sebenar pemain tersebut.

Percaturan tersebut dilihat menjadi, selepas Safawi mula menunjukkan belang beliau di atas padang pada aksi pertamanya bersama Ratchaburi untuk saingan liga.

Pada aksi tersebut, Safawi memberikan mutu permainan yang baik di bahagian serangan serta telah mencatat satu gol buat Ratchaburi sebelum ianya dibatalkan kerana keputusan VAR.

Menurut Safawi, apa yang beliau rasai suasana antara saingan di Malaysia atau Thailand tidak mempunyai banyak perbezaan dan dirinya dapat menyesuaikan diri dengan cepat.

Penyerang kebangsaan tersebut juga mengakui dirinya kini sudah pun serasi bersama Ratchaburi, selepas Safawi membuktikannya sendiri ketika aksi pertamanya ketika menentang Khon Kaen United.

Menyedari saingan sengit untuk merebut kesebelasan utama bersama pemain lain, Safawi menganggap itu bukan suatu masalah besar untuk dirinya terus berusaha dengan lebih keras bagi memastikan kedudukannya sentiasa mendapat perhatian kejurulatihan.

“Segalanya berjalan lancar dengan barisan kejurulatihan dan rakan sepasukan juga banyak membantu sebaik tiba di Thailand.

“Agak sedih apabila gol yang dijaringkan pada perlawanan menentang Khon Kaen United tidak dikira kerana sistem video bantuan pengadil (VAR).

“Namun, itu juga menjadi peniup semangat untuk beraksi lebih baik pada perlawanan akan datang seterusnya berjaya mencetak nama sebagai penjaring gol untuk pasukan,” katanya menerusi Arena Metro.

Pada masa sama, Safawi juga meletakkan sasaran tersendiri untuk membantu Ratchaburi meraih keputusan lebih positif serta berada dalam kelompok teratas liga.

Selain Safawi, seorang lagi pemain yang dipinjamkan oleh JDT kepada Ratchaburi ialah penyerang import iaitu Moussa Sidibe dengan musim lalu beraksi untuk  ‘feeder club’ dalam saingan Liga Premier.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN