Penyokong Arsenal Di Uganda Ditangkap Polis Raikan Kemenangan Lawan United

Arsenal

Sekumpulan penyokong Arsenal di Uganda telah ditangkap oleh pihak polis tempatan selepas meraikan kejayaan kelab mereka menentang Manchester United.

Tindakan mereka yang terlalu gembira meraikan jaringan minit akhir Eddie Nketiah telah membuatkan sekumpulan pemuda ini diberkas pihak berkuasa tempatan lalu hari yang indah berubah menjadi duka.

Menurut laporan BBC News, sekumpulan penyokong Arsenal itu ditangkap polis selepas meraikan kejayaan pasukan mereka secara terbuka di tempat awam.

Oleh disebabkan keraian itu dilihat diadakan di tempat awam, ianya memberikan sebab kepada pihak polis untuk menahan mereka kerana “berkumpul di tempat awam tanpa permit”.

Menurut salah seorang penyokong yang ditahan, beliau sendiri tidak faham kenapa pihak polis menahan mereka kerana berasakan apa yang dilakukan itu tidak salah.

“Saya tak tahu apa yang kami buat tapi kami cuma meraikan kejayaan menewaskan musuh tradisi iaitu Manchester United,” kata penyokong yang bernama Baker Kasule.

Keputusan untuk menahan sekumpulan penyokong Arsenal itu adalah disebabkan kerisauan akan berlaku pergaduhan di tempat awam antara kedua-dua kumpulan penyokong.

“Macam mana kalau berlakunya pergaduhan antara penyokong kedua-dua pasukan? Mereka tidak beritahu kepada pihak polis untuk sediakan kawalan keselamatan jika apa-apa terjadi,” kata James Mubi yang merupakan pegawai polis tempatan.

Arsenal menewaskan United dengan jaringan 3-2 walaupun ketinggalan menerusi gol Marcus Rashford sebelum disamakan Nketiah.

The Gunners kemudiannya mendahului menerusi gol Bukayo Saka sebelum Lisandro Martinez mengikat semula perlawanan.

Akan tetapi, jaringan minit akhir Nketiah memastikan skuad Mikel Arteta berjaya membalas dendam di atas kekalahan aksi pertama di Old Trafford ke atas pasukan Erik ten Hag.

Ia juga memberikan semula kelebihan lima mata terhadap Manchester City yang mengekori rapat Arsenal ditangga kedua.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN