Sadio Mane Hasilkan Permohonan Maaf Terbuka Selepas Cederakan Ederson

Pemain Liverpool, Sadio Mane tampil memberikan permohonan maaf secara terbuka kepada penjaga gol Manchester City – Ederson Moraes.

Bintang bola sepak Senegal itu membuat permohonan maaf sedemikian selepas beliau secara tidak sengaja mencederakan bekas penjaga gol Benfica itu dalam kekalahan memilukan 5-0 Liverpool di Etihad.

Menerusi laman rasmi Facebook beliau, Mane menyatakan kekesalan beliau mengenai apa yang berlaku pada perlawanan tersebut.

Di permulaan kenyataanya, beliau mengharapkan Ederson tidak akan mengalami kecederaan serius.

“Saya berharap dan berdoa agar Ederson akan segera cepat sembuh dari kecederaan yang dihadapi beliau.”

Mane nyata menzahirkan rasa bersalah beliau kerana disebabkan beliau, Ederson tidak mampu menamatkan perlawanan Manchester City-Liverpool dengan sempurna.

“Saya meminta maaf kerana beliau tercedera semasa pelanggaran kami di atas padang.”

“Saya juga memohon maaf kerana beliau tidak mampu menamatkan perlawanan kerana perlanggaran itu.”

Di akhir kenyataan, beliau berdoa agar penjaga gol itu akan segera kembali beraksi semula untuk Manchester City.

“Saya berharap Ederson akan cepat sembuh dan kembali bermain seperti biasa!”

Ederson juga telah memberikan perkhabaran yang kecederaan yang dihadapi beliau baik-baik saja dan tiada yang serius berlaku.

Mane bakal digantung 3 perlawanan dengan 2 perlawanannya adalah aksi Premier League dan 1 aksi EFL Cup.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN