4 Perkara Jadi Tumpuan Ketika Aksi Stoke City Menentang Manchester United

Stoke City

Pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United keciciran mata buat pertama kalinya pada musim ini setelah diikat 2-2 oleh Stoke City pada perlawanan yang berlangsung di bet365 Stadium.

Eric Maxim Choupo-Moting membuka tirai jaringan perlawanan pada minit ke-43 perlawanan dan kemudiannya Marcus Rashford menyamakan kedudukan selang 2 minit kemudian.

Pada babak kedua giliran penjaring terbanyak liga, Romelu Lukaku pula meletakkan United dihadapan setelah mendapat umpanan dari Henrikh Mkhitaryan di minit ke-57.

Namun kedudukan tersebut tidak kekal lama apabila pasukan tuan rumah kembali menyamakan kedudukan 6 minit kemudian juga menerusi Eric Maxim Choupo-Moting yang tidak dikawal berjaya menanduk masuk bagi jaringan mengikat Manchester United hingga tamat permainan.

Terdapat 4 perkara yang menjadi tumpuan pada perlawanan ini. Antaranya :

1. United terima cabaran sebenar

Seperti yang diperkatakan oleh Jose Mourinho sebelum ini, beliau tidak sabar untuk melihat bagaimana anak buahnya bertindak balas terhadap ‘detik-detik sukar’ ketika beraksi.

Pada perlawanan ini ternyata Stoke City telah memberikan apa yang dimahukan oleh Mourinho apabila tidak memberikan laluan yang mudah buat anak buahnya.

Stoke City telah menghadirkan kesukaran buat United dari mula permainan dengan sistem yang teratur. Serangan balas pantas yang dilakukan juga mengkucar-kacirkan pertahanan Manchester United.

2. Kredit untuk Mark Hughes atas pembelian yang bijak

Pada 5 perlawanan terakhir liga musim lalu, Stoke hanya mencatatkan satu kemenangan sahaja. Keadaan tersebut dilihat sebagai satu perkara yang perlu diperbaiki pada musim baru ini dan memerlukan kemasukan pemain yang benar-benar mampu untuk memberikan impak buat pasukan.

Kemasukan muka-muka baru pada musim ini boleh dikelaskan sebagai pembelian yang bijak. Kemasukan Kurt Zouma dalam pasukan cukup memberikan kesan dengan prestasi mengagumkan yang ditunjukkan ketika bertemu United. Sama seperti prestasi yang ditampilkan pertahanan dari Perancis itu ketika menewaskan Arsenal bulan lalu.

Pemain Sepanyol, Jese Rodriguez juga telah memberikan impak dengan larian pantas dan menjadi ancaman buat pertahanan lawan. Larian deras yang dimiliki juga membuatkan pertahanan lawan agak sibuk sepanjang perlawanan.

Kemasukan penjaring 2 gol bertemu United,Eric Maxim Choupo-Moting juga turut membuktikan kehadirannya dirasai. Dengan beberapa pemain baru yang menunjukkan prestasi yang baik, Stoke adalah pasukan yang kuat seperti yang ditampil dalam aksi bertemu United dan Arsenal.

3. Jack Butland seharusnya diberikan peluang sebagai penjaga gol nombor satu England

Butland membuktikan beliau layak untuk menjadi penjaga gol nombor satu England apabila beberapa berjaya menafikan percubaan yang dilakukan oleh United.

Antara percubaan menarik yang berjaya dinafikan beliau adalah menerusi percubaan Marcus Rashford pada awal perlawanan yang berjaya ditepis dengan baik oleh penjaga gol berusia 24 tahun itu.

Butland turut tangkas ketika situasi kelam kabut pada penghujung permainan apabila Zouma yang tertanduk bola ke gawang sendiri, Butland walaubagaimanapun lebih pantas bagi menghalangnya dari melepaskan jaringan ketiga buat United.

4. Manchester United masih kekurangan pertahanan kiri

Jose Mourinho telah berbelanja besar pada musim panas ini bagi memperkuatkan jentera pasukan di Old Trafford. Beliau telah menjadikan Manchester United sebagai antara pasukan terkuat bagi mencabar kejuaraan.

Namun kegagalan untuk mendapatkan pemain pertahanan kiri bertaraf dunia adalah satu perkara yang mengecewakan.

Matteo Darmian yang diturunkan dalam kesebelasan utama pada perlawanan ini memang merupakan seorang pertahanan yang baik, namun beliau tidak begitu sesuai diletakkan di bahagian kiri.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN