Guardiola: “Saya Tak Rasa Mane Berniat Mahu Mengasari Ederson”

Semalam merupakan hari yang cukup tidak bernasib baik buat Liverpool.

Mereka ditumbangkan oleh Manchester City dalam lawatan mereka ke Etihad dalam aksi Premier League dengan jaringan besar 5-0!

Selain itu, pemain utama mereka iaitu Sadio Mane turut menerima nasib malang selepas diperintahkan keluar padang oleh pengadil John Moss.

Mane dilayangkan kad merah selepas mengasari penjaga gol Ederson Moraes di bahagian kepala.

Penjaga gol itu kemudiannya terpaksa dibawa keluar dan digantikan dengan Claudio Bravo.

Ederson dirawat di Insitut Perubatan Manchester City dan dilihat bersama-sama pasukan di bangku simpanan.

Walaupun begitu, pengurus Manchester City iaitu Pep Guardiola mempertahankan tindakan yang dilakukan oleh Mane itu.

“Tindakan yang dilakukan oleh Mane benar sekali begitu keras cabarannya.”

“Namun begitu, saya tak rasa beliau sengaja untuk mengasari Ederson. Beliau cuma merapati bola tetapi tindakan yang dibuat beliau itu adalah bahaya.”

Bagi Jurgen Klopp yang merupakan pengurus Liverpool, Mane terperangkap dalam situasi yang sememangnya tidak memihak beliau.

“Ia merupakan satu perkara yang tidak disengajakan. Saya yakin semua orang perasan yang beliau sedikit pun tidak perasan akan kehadiran Ederson ketika itu.”

“Mane mahu mendapatkan bola itu secepat mungkin. Saya cuma berharap Ederson tidak mengalami kecederaan yang serius.”

Klopp juga menegaskan yang pihaknya tidak akan melakukan rayuan kepada Premier League untuk menarik semula kad merah yang diberikan kepada Mane.

“Buang masa saja untuk kita merayu mengenai kad merah tersebut.”

Mane bakal terlepas 3 aksi perlawanan domestik untuk Liverpool selepas ini.

2 daripada 3 aksi perlawanan tersebut adalah perlawanan menentang Burnley dan Leicester City dalam aksi liga dan 1 lagi perlawanan adalah menentang Leicester City dalam aksi EFL Cup.

Sumber:

  1. Manchester Evening News (2017): Pep Guardiola and Jurgen Klopp react to Liverpool striker Sadio Mane’s red card; http://www.manchestereveningnews.co.uk/sport/football/transfer-news/pep-guardiola-reacts-liverpool-mane-13595957

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN