Sabah Akhiri Penantian Sejak 2012 Untuk Kembali Ke Liga Super

Sabah mengakhiri penantian sejak 2012 untuk kembali beraksi di kancah saingan tertinggi saingan bola sepak tempatan, apabila sah akan beraksi di saingan Liga Super pada musim hadapan – berdasarkan kiraan matematik.

Pasukan dari Borneo itu menundukkan JDT II 1-0 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang pada malam tadi.

Kemenangan tersebut juga bermakna Sabah terus mengukuhkan kedudukan di tangga teratas Liga Premier dengan 37 mata, mengatasi JDTII di kedudukan kedua dengan 33 mata.

Tamat masa penuh (90+3′)

JDT II [0-1] SABAH FA
(Paunovic 59′)

Posted by Sabah Football Association on Friday, July 5, 2019

Selain daripada kelebihan pungutan mata berbanding saingan terdekat mereka itu, skuad bimbingan Jelius Ating itu juga mempunyai baki satu perlawanan di dalam tangan – tatkala saingan berbaki tiga perlawanan keseluruhan untuk dilalui.

JDT II terlebih dahulu melakukan ancaman dalam perlawanan ini melalui Rozaimi Abd Rahman. Namun rembatan pemain itu dari umpanan Nicolas Fernandez sekadar mengegarkan tiang gol.

Sabah turut melakukan ancaman melalui barisa pemain import, dan pada minit ke-20, Aguinaldo Mendes Veiga yang memperolehi bola dari Rodljub Paunovic berjaya melepaskan diri dari kawalan Bruno Soares sebelum menewaskan penjaga gol, Haziq Nazli.

Namun pemain itu gagal melakukan penyudah akhir ketika gawang gol pada ketika itu sudah pun terbuka luas.

Sabah yang membelasah jiran tetangga mereka Sarawak 4-1 dalam perlawanan minggu lalu tidak berputus asa untuk mencari jaringan.

Paunovic semakin hampir meletakkan Sabah di hadapan melalui lambungan bijak selepas Haziq agak terkeluar dari kedudukan. Namun percubaan pemain dari jarak 40 meter itu sedikit tinggi melewati palang.

Sabah akhirnya menemui jaringan yang mereka cari-cari dalam perlawanan ini pada minit ke-59 perlawanan apabila sepakan deras Paunovic – kali ini dari jarak 30 meter – cantik menuju ke penjuru kiri gawang JDT II.

Kedududukan 1-0 kekal sehingga tamat perlawanan untuk tiga mata berharga buat Sabah.

Walaupun Sabah sudah layak ke saingan Liga Super, saingan untuk bergelar juara Liga Super masih lagi terbuka diantara dua pasukan teratas.

UITM FC, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, dan PDRM pula akan berebut baki slot ke saingan Liga Super pada musim hadapan.

Selang dua minit, Paunovic terlepas peluang mencetak nama selaku penjaring apabila bertindak menyepak bola lambung dari jarak 40 meter selepas melihat Haziq sudah tidak berada di gawang gol tetapi bola lambungan itu hanya melewati palang gol.

Pelawat terpaksa menanti sehingga minit ke-59 untuk memecah kebuntuan selepas bola sepakan deras Paunovic dari jarak 30 meter tepat ke penjuru kiri gawang menewaskan Haziq untuk memberikan kemenangan berharga buat skuad kendalian Jelius Ating.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN