Rodri: “Man. City Salah Sebuah Pasukan Terbaik Di Dunia, Dan Bandar Manchester Semakin Hari Semakin Biru”

Manchester City melengkapkan perpindahan dengan rekod terbesar dalam sejarah kelab mereka apabila membeli Rodri – membayar klausa pelepasan £62 juta kepada Atletico Madrid.

Bintang baru City itu terus memanaskan keadaan apabila mendakwa landskap bola sepak di Manchester sudah berubah di mana Bandar Manchester kini adalah biru. Manchester City adalah pasukan yang lebih besar daripada Manchester United pada hari ini. Dan Rodri juga berpendapat, semakin hari bandar Manchester semakin biru.

Ianya menghangatkan lagi keadaan, apabila beberapa hari lalu, Man. City menggunakan slogan ‘Bandar Ini Milik Kami’ dalam video promosi jersi baharu mereka.

Manchester City turut meletakkan satu banner iklan dengan slogan This Is Our City di luar kawasan berdekatan Old Trafford.

Rodri berkata: “Saya bercakap dengan beberapa orang di sini ketika balik ke rumah. Dan mereka memberitahu saya bandar Manchester semakin biru.”

“Saya rasa dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dalam 5-6 tahun ini, City telah mengubah cerita bola sepak di England, bukan sahaja di Manchester. Namun saya bukan datang ke sini semata-mata untuk memikirkan soal perseteruan. Saya datang untuk cabaran bola sepak.”

https://twitter.com/twosilvas/status/1146818106519621636

Rodri menyatakan beliau mendapat tawaran daripada banyak kelab lain. Namun beliau memilih City – sebagai pilihan yang mudah kerana pasukan itu dianggapnya antara pasukan terbaik di dunia ketika ini. Rodri menganggap hari beliau diumumkan sebagai pemain Man. City sebagai hari di mana impian beliau tercapai.

Antara kelab yang mahukan Rodri adalah Bayern Munich. Rodri menambah: “Ini merupakan salah sebuah pasukan terbaik [di dunia] ketika ini. Saya berani katakan City berada di 2 ataupun 3 teratas di dunia.”

“Sebab itu ketika saya dengar pasukan City berminat dengan khidmat saya, tiada keraguan lagi keputusan di kepala saya. Bagi saya, ini adalah langkah besar dalam karier saya. Bukan sahaja kerana pasukan ini, tetapi juga kerana Pep Guardiola dan Txiki Begiristain.”

“Saya masih muda dan sedar bahawa saya masih perlu belajar banyak perkara. Namun pemain yang pernah bermain di bawah Pep Guardiola memberitahu saya bahawa beliau [Pep] akan membantu meningkatkan aspek permainan saya.”

“Pemain idola saya, Sergio Busquets memberitahu, Guardiola bukan sahaja akan meningkatkan corak permainan saya, namunn akan sentiasa berterusan membantu saya untuk membangunkan diri.”

“Saya tidak memikirkan diri saya akan terus menjadi pemain utama pasukan. Saya tahu ianya cabaran sukar untuk memahat kedudukan dalam pasukan kerana ramai pemain yang hebat di setiap bahagian.”

“Saya tidak kata yang saya adalah pemain seperti Busquets, saya ada skil dan cara permainan saya tersendiri. Namun kami bermain di posisi yang sama dan cuba melakukan beberapa perkara yang sama untuk pasukan.”

Ditanya tentang komunikasi bahasa Inggeris beliau yang lancar, Rodri mendedahkan beliau berkata: “Sebelum ini saya pernah ke Amerika dan di sana saya menajamkan lagi kemahiran berbahasa Inggeris.”

“Manchester City kini menjadi salah sebuah pasukan paling digeruni di Eropah. Bukan hanya kerana mereka boleh menghantar bola ke semua arah, namun kerana mereka boleh menyakitkan lawan di kawasan serangan.”

“Pada pandangan saya, mereka mendominasi bola sepak Inggeris, dan hanya sedikit langkah sahaja daripada mencapai kejayaan di Liga Juara-Juara Eropah.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN