Quantcast

LIGA MALAYSIA

MSL 2019: PKNP FC Ikat Kedah Di Darul Aman, TFC Sambung Derita PKNS FC

Dua perlawanan Liga Super Malaysia (MSL 2019) berlangsung pada malam tadi membabitkan Kedah menentang PKNP FC di Stadium Darul Aman, dan PKNS FC yang menanti kunjungan Terengganu FC di Stadium Shah Alam.

Di Stadium Darul Aman

Di Alor Setar, Kedah mengekalkan rekod tanpa kalah beraksi di halaman sendiri pada musim ini, namun sedikit kecewa apabila mengakhiri tempoh 90 minit perlawanan diikat PKNP FC 1-1.

Kedah bermula dengan garang dalam perlawanan ini apabila mulai mengancam seawal minit ke-4 perlawanan melalui tandukan Renan Alves yang menyambut sepakan penjuru Edgar Bernhardt, tetapi gagal menemui sasaran.

Penguasaan skuad kendalian Aidil Shahrin di babak pertama perlawanan kemudian diteruskan melalui percubaan sepakan percuma Baddrol Bakhtiar dan Renan Alves, namun percubaan kedua-dua pemain itu turut gagal menemui belakang gawang pihak lawan.

Selepas itu Fernando Rodriguez turut kecewa apabila situasi satu lawan sati dengan penjaga gol PKNP FC, Khairul Thaqif turut gagal dimanfaatkan untuk babak pertama berakhir tanpa sebarang jaringan

Jaringan pertama perlawanan hanya hadir pada minit ke-51 selepas penjaga gawang PKNP FC gagal mengawal kemas tandukan awal Azzamudin Akil, sebelum pemain itu mudah menolak bola masuk ke gawang yang kosong.

PKNP cuba bangkit selepas itu, dan akhirnya berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-81 perlawanan melalui penyerang import Giancarlo Rodriguez, hasil tandukan dari sepakan penjuru.

Kedudukan 1-1 kekal sehingga ke wisel penamat.

Di Stadium Shah Alam

Di Shah Alam PKNS FC terus buntuk mencari kemenangan sejak empat perlawanan lalu. Kali terakhir skuad Semut Merah menang ialah pada 25 Mei lalu, apabila menewaskan PJ City 3-0.

Perlawanan bermula dengan seimbang apabila kedua-dua pasukan berbalas serangan pada peringat awal saingan. Namun PKNP FC terlebih dahulu diberikan amaran apabila percubaan Tcheche Kipre pada minit ke-28 sekadar mengegarkan palang.


Namun gerakan menarik yang dicetuskan oleh penyerang dari Ivory Coast itu kemudiannya berjaya membuka ruang untuk Sanjaar Shaakhmedov menjaringkan gol.

PKNS FC bagaimanapun berjaya menemui gol penyamaan menerusi penyudah pemain gantian, Kittiphong Pluemjai pada minit ke-83 perlawanan.

Namun harapan PKNS FC musnah apabila tandukan Nasrullah Haniff Johan terus memastikan Sang Semut Merah terus merana.