Raiola Dedah Pogba Terdesak Mahu Tinggalkan Manchester United

Menurut Mino Raiola, pemain tengah Manchester United, Paul Pogba mahu meninggalkan kelab itu pada musim panas ini. Perkara itu didedahkan oleh Raiola kepada akhbar The Times.

Pemain tengah berusia 26 tahun ini masih tidak menyertai latihan pra musim yang sudah pun bermula di Carrington pada minggu ini.

Pada Jun lalu, pemain antarabangsa Perancis ini berkata, ” kini adalah masa terbaik untuk mencari cabaran baharu.”

Dan Raiola tidak teragak-agak mendedahkan kepada The Times: “Semua orang tahu bahawa Paul Pogba mahu berpindah. Kami sedang dalam proses [rundingan]. Semua orang tahu perasaan Pogba pada hari ini.

“Malah semua pihak di kelab [Manchester United], daripada pengurus sehingga kepada pemilik kelab tahu apa yang Pogba mahukan.”

Ketika ditanya sama ada Pogba akan menyertai skuad United ke Amerika Syarikat pada Ahad ini untuk jelajah pra musim, Raiola berkata:

“Saya tidak boleh memberitahu apa-apa. Saya hanya hidup dari sehari demi sehari.”

United dikatakan mahu Pogba kembali melapor diri sebelum kunjungan ke Australia.

Tatkala kebanyakan pemain sudah pun kembali untuk menjalani latihan pra musim, Pogba diberikan tempoh cuti yang lebih panjang oleh Ole Gunnar Solskjaer selepas 16 bulan yang panjang sejak kempen Piala Dunia lalu.

Real Madrid dan Juventus adalah dua kelab yang dikatakan berminat untuk mendapatkan pemain tersebut.

Leave a Reply