S. Kunanlan Mahu Jadi Seperti Maldini, Makin Tua Makin Menjadi

S Kunanlan JDT Maldini

Bekas kapten AC Milan dan Itali, Paolo Maldini menjadi sumber inspirasi buat bek kanan Johor Darul Ta’zim (JDT), S. Kunanlan untuk terus beraksi ligat di padang.

Kini berusia 34 tahun, Kunanlan masih menjadi pilihan JDT di benteng walaupun sudah beberapa pemain muda hadir memberikannya cabaran. Terbaharu, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) telah membawa masuk Matthew Davies, namun masih belum cukup untuk mengetepikan dirinya sepenuhnya.

Sebelum kehadiran Matthew Davies, Azrif Nasrulhaq merupakan pesaing buatnya. Apa yang dilihat, Kunanlan adakalanya tetap jadi taruhan utama pengendali, Benjamin Mora walaupun beliau memiliki pilihan lebih muda di bangku simpanan.

Walaupun Liga Super dipendekkan kepada satu pusingan sahaja, Kunanlan tetap diberikan peluang beraksi sebanyak lima kali daripada 11 perlawanan dengan mengumpul 361 minit aksi daripada 990 minit yang sepatutnya.

Menurutnya, “Pada saya umur cumalah angka. Ambil contoh [Paolo] Maldini. Dia membawa AC Milan meraih kejuaraan kelima Champions League pada usianya 37 tahun. Keinginannya untuk terus bermain sangat mengagumkan dan saya juga sebolehnya mahu meletakkan karier saya sejauh yang mungkin.”

Kunanlan telah disambung kontraknya di JDT untuk musim depan dan tentunya beliau merasa sangat bertuah walaupun kelabnya memiliki beberapa pilihan pemain muda di posisinya, khidmat beliau masih ditagih. Katanya, “Adalah satu kebanggaan buat saya untuk meneruskan khidmat bersama mereka [JDT].”

“Dan saya sangat berterima kasih kepada bos [TMJ] kerana kepercayaannya terhadap saya dan akan terus memberikan 100 peratus [dalam perlawanan],” tambah pemain yang telah melalui karier 14 tahun dalam saingan Liga Malaysia.

“Saya merasa sangat bertuah dan tentunya gembira serta pada masa yang sama berbangga apabila dapat terus bersama pasukan. JDT adalah kelab terbaik di dalam negara dan banyak pemain yang menanti peluang untuk menyertai kelab ini,” ujar Kunanlan lagi mengenai perasaannya atas kontrak baharunya.

Ditanya mengenai cabaran daripada pemain yang lebih muda daripadanya, Kunanlan menjawab, “Saya lihat, kehadiran pemain-pemain muda dalam pasukan membuatkan saya mahu menjadi yang lebih baik. Sebagai pemain senior, saya juga mahu menjadi tauladan kepada mereka berdua [Azrif dan Davies].”

KREDIT FEATURED IMAGE: JST

Baca lagi artikel mengenai S. Kunanlan dan Paolo Maldini:

Safawi Rasid ‘Okay’ Bermain Dengan Kunanlan Mahupun Matt Davies

S. Kunanlan Berjaya Jalani Pembedahan Di Barcelona

Maldini Legenda Itali & Milan, Kongsi Beberapa Pengalaman Sepanjang Karier

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN