Maldini Legenda Itali & Milan, Kongsi Beberapa Pengalaman Sepanjang Karier

Paolo Maldini legenda Itali dan AC Milan yang semua kita kenali. Beliau mengimbau kembali detik karier beliau di bawah Arrigo Sacchi, Fabio Capello, dan Carlo Ancelotti.

Sebagai peminat AC Milan, Maldini mengagumi bekas rakan sepasukannya Gennaro Gattuso yang kini menguruskan pasukan Milan.

Paolo Maldini legenda Itali dan AC Milan yang dikenali dengan corak pertahanan penuh kebijaksanaan di dalam padang.

Pewaris bakat bola sepak

“Saya bermula dengan bermain sebagai penyerang. Saya sangat suka dengan bola di kaki, ia terbukti secara genetik yang saya memang bersahabat dengan bola.”

“Saya tak memandang kejayaan individu ataupun anugerah peribadi. Bola sepak adalah permainan berpasukan. Dan anda menang secara berpasukan.”

“Saya berpuas hati dengan karier saya. Keluarga saya memiliki sejarah terikat dengan jersi Milan sejak 1950.”

“Pada hari saya bersara dahulu, anak lelaki saya sudah bermain untuk Akademi Milan.”

Cesare (S) e Paolo Maldini al loro arrivo all’aeroporto londinese di Heatrow in una immagine del 10 febbraio 1997.
ANSA/DAVID DYSON

“Ketika saya lahir, ayah saya memang sudah gantung kasut. Saya banyak mendengar cerita tentang beliau daripada orang lain.”

“Ia membuatkan saya tertekan, mendengar dan membaca komen yang membandingkan saya dengan dia.”

“Namun akhirnya saya menjadikan ia sebagai satu motivasi.”

“Apa yang saya pelajari daripada ayah akan saya turunkan kepada anak-anak saya.”

“Sukan ini dibina atas dasar profesional.”

“Oleh itu anda harus berkelakuan baik di dalam dan di luar padang. Anda jangan sesekali memisahkan kemanusiaan dengan pemain bola sepak.”

“Saya berharap saya diingati sebagai pemain yang bersih walaupun ada kalanya anda terpaksa bermain kasar.”

“Ada sekali saya datang ke majlis anugerah. Dalam klip video dipaparkan satu aksi saya membentes keras Diego Maradona.”

“Saya pergi kepada Diego dan meminta maaf. Dia pula menyatakan, ‘saya sendiri pun tak ingat insiden itu’.”

Paolo Maldini
Paolo Maldini, Italy (l) and Diego Maradona, Argentina (r) (Photo by Peter Robinson – EMPICS/PA Images via Getty Images)

Sacchi si ‘perfectionst’

Bercakap tentang beberapa pakar taktikal yang pernah mengajar beliau. Maldini berkongsi pengalamannya.

Maldini legenda Itali ini mendedahkan yang Sacchi adalah tipikal guru yang sangat tegas dan anda perlu kuat mental apabila belajar dengan beliau.

“Sacchi adalah asas kepada kami (AC Milan). Beliau bercita-cita tinggi, ada banyak idea. Beliau seorang revolusionis dan tiba di Milan pada masa yang tepat.”

“Beliau seorang yang boleh naik gila kerana mencari kesempurnaan.”

“Tekanan yang beliau hadapi membuatkan beliau menjadi genius. Bola sepak itu sentiasa berevolusi namun prinsip asas tetap kekal.”

“Capello berbeza dengan Sacchi. Beliau pengurus dan jurulatih yang hebat. Pada malam final UCL 1994 menentang Barcelona beliau berkata:’Pergi ke luar sana, kita pasti menang’.”

“Beliau bukan seorang yang memberikan tekanan seperti Sacchi namun ada masa tertentu beliau tetap menjadi mimpi ngeri anda.”

“Sacchi seorang yang tak henti ‘membelasah’ kami semua pada sebelum atau selepas perlawanan. Namun beliau juga sangat banyak mengajar kami.”

“Bagi saya Nils Liedholm adalah orang yang benar-benar mengajar saya cara bermain bola sepak dengan betul. Beliau harus dikenang sebagai orang yang mencetuskan era kegemilangan Rossoneri.”

Liedholm adalah pengurus yang memberikan Maldini debut bersama AC Milan pada usia 16 tahun.

Ancelotti rakan dan mentor

Paolo Maldini juga bercakap tentang Carlo Ancelotti yang membantu Maldini menjadi kapten fantastik pada era mereka. Maldini menjulang 2 Serie A, 2 UCL, 2 Piala Super Eropah dan masing-masing 1 kejuara Supercoppa serta Coppa Italia.

Ancelotti pernah menjadi rakan sepasukan Maldini dan kemudiannya menjadi pengurus beliau.

“Era yang hebat dengan beliau. Dia adalah bekas rakan sepasukan, seorang kawan dan ketika itu beliau 35 tahun, membantu saya mengawal emosi dengan lebih baik.”

“Saya percaya Ancelotti akan berjaya di Napoli. Beliau sudah berjaya mengtransformasi beberapa pemain termasuk Insigne dan Hamsik.”

Maldini juga menyatakan kekagumannya kepada seorang lagi bekas rakan sepasukan, Gennaro Gattuso. Beliau berpendapat Gattuso berada di tempat yang menjadi rumahnya.

“Dalam taktikal, Rino banyak berubah. Sebab itu kami sabar dan terus percayakan beliau.”

“Rino ada keinginan tinggi untuk kembali ke Milan. Beliau tahu apa yang beliau lakukan. Tahu cara mengendalikan pemain dan juga faham akan prinsip kelab ini.”

Pengalaman buruk

Bercerita tentang pengalaman buruk dalam karier. Beliau akui peristiwa Istanbul menentang Liverpool antara yang terburuk.

“Rasanya, Istanbul adalah pengalaman terburuk saya, sama juga dengan ketika kalah penentuan penalti pada final Piala Dunia 1994.”

“Bola sepak itu sukan memberi dan menerima. Dan akhirnya anda harus menerima keputusan terutama sekali apabila anda sudah memberikan segalanya.”

“Saya menyangkal orang menyatakan kami hanya bertahan pada kedudukan 3-0. Ini kerana kami banyak mencipta peluang shingga kedudukan 3-3 sekalipun.”

ISTANBUL, TURKEY – MAY 25: (Re-transmission of #52980075) Liverpool midfielder Xabi Alonso of Spain scores the third goal during the European Champions League final between Liverpool and AC Milan on May 25, 2005 at the Ataturk Olympic Stadium in Istanbul, Turkey. (Photo by Mike Hewitt/Getty Images)

“Mood pasukan kami terganggu kerana beberapa insiden kecil. Jika kamu kuat, kamu ada mentaliti yang secukupnya berhadapan dengannya. Malangnya kami gagal dalam beberapa situasi.”

Walaupun dianggap salah seorang pemain pertahanan terbaik dalam sejarah bola sepak, Maldini legenda Itali yang ada 126 kaps untuk negaranya, namun beliau tak pernah menjulang Piala Dunia.

Beliau berpeluang menjulangnya pada 2006 namun beliau terlepas peluang. Ini kerana Maldini menolak panggilan itu kerana beliau merasakan sudah tiba masanya dia memberikan laluan kepada para pemain lebih muda.

“Saya menolak panggilan 2006 dan mereka menjuarainya. Itulah takdir pada pandangan saya.”

“Namun begitu saya bangga dengan detik indah saya bersama Itali.”

“Satu perlawanan Piala Dunia yang saya mahu ulangi jika boleh adalah menentang Korea Selatan pada Piala Dunia 2002.”

“Saya seorang yang tak suka marah-marah mempertikaikan keputussan pengadil. Namun pada hari itu agak mustahil untuk tidak marah dengan pengadil.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN