Henry Pengurus Monaco Yang Teruja Dapat Kembali, Ucap Terima Kasih Kepada Belgium

Semalam diumumkan Thierry Henry pengurus Monaco yang baru. Berita itu disahkan sendiri oleh kelab tersebut selepas beberapa khabar angin.

Timbalan Presiden Kelab mengalu-alukan Thierry Henry sebagai pengurus mereka yang baharu dengan kontrak 3 tahun.

“Dengan ilmu dan kesungguhan beliau dalam bola sepak, beliau ada standard yang tinggi dan komitmen kepada warna kami membuatkan pencalonan ini menjadi satu realiti.”

“Thierry sudah bersedia untuk tugasannya dan bersemangat dengan kerja barunya.”

“Beliau boleh letakkan kepercayaan beliau kepada kami yang akan menyokong beliau untuk membawa dinamik yang baru kepada pasukan dan membawa misi pasukan.”

Henry memang diletakkan sebagai pilihan utama untuk menggantikan Leonardo Jardim yang dipecat selepas AS Monaco berada di kedudukan 3 tercorot dalam liga ketika ini.

Henry sebelum ini menjadi pembantu kepada Roberto Martinez dalam pasukan kebangsaan Belgium. Beliau membantu Martinez dalam memacu Belgium menamatkan saingan Piala Dunia 2018 di tangga ke-3.

Henry dengan berat hati mengucapkan selamat tinggal kepada pasukan Belgium

https://twitter.com/ThierryHenry/status/1051116719652200449

Henry merupakan graduan daripada akademi AS Monaco. Beliau melakukan debut profesional pada 1994. Beliau juga menjaringkan 7 gol untuk kelab itu pada 1997/98.

Selepas ini Henry dijual ke Turin dan kemudiannya beliau berpindah ke Arsenal. Di Arsenal Henry menjadi legenda. Mengetuai serangan Arsenal dalam musim kebal (invincible).

Bersama pasuka Perancis beliau memenangi Piala Dunia 1998 dan Euro 2000.

Selepas bersara sebagai pemain, beliau menjadi jurulatih di Akademi Arsenal. Beliau juga aktif menjadi pundit. Namun kemudiannya Henry menyatakan beliau mahu lebih serius dalam dunia pengurusan.

https://twitter.com/ThierryHenry/status/1018886941977300992

Beliau sebelum ini dikaitkan dengan beberapa kelab namun gagal memeterai perjanjian.

Henry pengurus Monaco yang akan mulai berkhidmat serta merta. Buat masa ini beberapa pemain mereka terlibat dalam minggu antarabangsa.

Henry berterima kasih dengan kesempatan yang diberikan. Beliau berkata:

“Pertama sekali, terima kasih kepada AS Monaco di atas kesempatan yang diberikan kepada saya untuk menjadi jurulatih pasukan ini.”

“Kelab ini sangat istimewa untuk saya.”

“Saya sangat gembira dapat kembali ke AS Monaco dan sangat bersedia untuk berhadapan dengan cabaran yang akan datang.”

“Saya sudah tak sabar untuk bertemu dengan para pemain untuk mulai bekerjasama.”

Selamat bertugas legenda!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN