Ryan Giggs Kongsi Taklimat Pra Perlawanan Sir Alex Ketika Mengakhiri Rekod Invincible Arsenal

Lagenda Manchester United, Ryan Giggs menceritakan kata-kata inspirasi Sir Alex Ferguson sebelum Red Devils mengambil berhadapan dengan The Gunners pada Oktober 2004.

Arsenal, ketika itu bertandang ke Old Trafford dengan rekod 49 perlawanan tanpa kalah. Giggs telah berkongsi dengan wartawan The Telegraph kata-kat Sir Alex Ferguson sebelum perlawanan ini.

Giggs berkata:

“Saya tidak akan lupa taklimat pasukan dari Sir Alex sebelum perlawanan antara kami dan Arsenal pada Oktober 2004,”

ars

“Sir Alex berkata: ‘Mereka adalah juara liga dan sedang berada dalam 49 perlawanan tanpa tanpa ditewaskan. Saya tahu ia memang sudah menjadi satu rekod, tetapi jika mereka berjaya mencapai ‘setengah-abad’ (50 perlawanan), ia akan membuatkan ia lebih istimewa’.”

“Sir Alex berdiri di hadapan kami pada hari itu dan mengingatkan kami tanggungjawab kami sebagai pemain Manchester United.”

“Tambah Sir Alex lagi: ‘Kitalah kelab yang sepatutnya mencipta pelbagai rekod untuk kelab lain’.”

“Mesejnya adalah jelas. Arsenal telah menikmati masa indah mereka dan ia harus diakhiri, dan kami adalah pasukan yang perlu untuk melakukannya ”

Perlawanan berakhir dengan 2-0 hasil jaringan Wayne Rooney yang berusia 19 tahun dan juga penyerang Belanda, Ruud van Nistelrooy lantas mengakhiri rekod tanpa kalah Arsenal.

ars1

Walau bagaimanapun, kedua-dua pasukan tidak dapat dapat memenangi liga pada musim itu. Ini kerana kehadiran The Special One, Jose Mourinho telah membantu Chelsea untuk juara.

Tambah Giggs lagi:

“Arsenal sentiasa memiliki pemain-pemain bola sepak yang berbakat sehingga ke hari ini,”

“Sir Alex berkata kepada kami: ‘Cara untuk mengalahkan mereka adalah jangan sesekali cuba untuk bermain dengan mereka dalam cara mereka. Cuba sedaya upaya bermain dengan cara kita sendiri. ‘Oleh itu, kita akan cuba menewaskan mereka dengan kepantasan dan tenaga (pace and power)’.”

MANCHESTER, ENGLAND - OCTOBER 24:  Ruud van Nistelrooy of Manchester United celebrates scoring the first goal during the Barclays Premiership match between Manchester United and Arsenal at Old Trafford on October 24, 2004 in Manchester, England. (Photo by John Peters/Manchester United via Getty Images)
MANCHESTER, ENGLAND – OCTOBER 24: Ruud van Nistelrooy of Manchester United celebrates scoring the first goal during the Barclays Premiership match between Manchester United and Arsenal at Old Trafford on October 24, 2004 in Manchester, England. (Photo by John Peters/Manchester United via Getty Images)

Dalam perlawanan baru-baru ini, 2 seteru perit ini sekadar seri dengan 1-1 selepas jaringan lewat oleh Olivier Giroud.

Baca juga : Previu EPL 2016/17: Manchester United vs. Arsenal – Bukan Sekadar Pertarungan Taktikal

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN