Statistik Menunjukkan Bournemouth Paling Ramai Pemain Inggeris, Chelsea & Man City Terendah

Kita semua tahu yang Premier League merupakan antara liga utama yang ada di dunia.

Di Premier League juga terdapat ramai pemain-pemain berprofil tinggi bermain untuk pelbagai kelab. Bukan sahaja pemain, malah pengurus-pengurus ternama dunia juga ramai mengendalikan kelab-kelab di Premier League.

Namun lambakan pemain-pemain luar ini sebenarnya merisaukan. Terlalu ramai pemain luar dari England beraksi di Premier League menjadi salah satu punca mengapa skuad England sering beraksi ‘lemau’ di kejohanan antarabangsa.

(Photo by Dan Mullan/Getty Images)

Bournemouth, Hull City paling ramai

Hasil dari kajian yang dilakukan oleh Notjakee di laman Reddit, beliau telah mengumpulkan data statisitik mengenai jumlah bilangan pemain Inggeris dalam setiap kelab di Premier League.

Hasil dari data statistik tersebut menunjukkan 2 kelab berstatus kerdil menguasai posisi pertama dan kedua dalam carta tersebut.

Kedudukan pertama dikuasai oleh Bournemouth yang mempunyai 20 pemain berbangsa Inggeris di dalam skuad mereka.

Bournemouth menjadi satu-satunya skuad di Premier League yang membariskan 20 pemain berbangsa Inggeris. Lagi 19 kelab semuanya membariskan 20 pemain Inggeris dan kurang daripada itu.

chelseacherries

Hull City ditangga kedua apabila membariskan 17 pemain Inggeris dan Southampton pula ditempat ketiga dengan 15 pemain.

Manakala pasukan seperti Everton, Tottenham Hotspur dan Arsenal berkongsi kedudukan apabila masing-masing mempunyai 14 pemain Inggeris di dalam skuad mereka.

Baki 5 kelab yang mempunyai pemain Inggeris teramai dalam skuad mereka adalah Crystal Palace, Burnley dan Liverpool yang masing-masing mempunyai 13 pemain. Sunderland di tempat terakhir dengan 12 pemain.

Chelsea, Manchester City antara yang terbawah

Untuk kelompok 10 kelab paling sedikit bilangan pemain Inggeris di dalamnya. Kelab-kelab utama seperti Manchester United, Manchester City dan Chelsea antara yang membariskan pemain Inggeris paling sedikit di dalam liga.

Namun begitu, Manchester United masih lagi mempunyai jumlah pemain Inggeris yang ramai dengan 10 pemain di dalam skuad. Hanya 1 dibelakang West Bromwich Albion yang mempunyai 11 pemain Inggeris.

West Ham United dan Middlesbrough masing-masing membariskan 9 pemain Inggeris dan Leicester City pula membariskan 7 pemain Inggeris di dalam skuad mereka.

Stoke City dan Swansea City pula berkongsi kedudukan apabila masing-masing mempunyai 6 pemain Inggeris di dalam skuad mereka.

Untuk Swansea City, pemain tempatan dikira berdasarkan campuran pemain Inggeris (4) dan Wales (2).

Secara teknikalnya Swansea City merupakan kelab Wales, namun memandangkan mereka bermain di England jadi campuran pemain kedua-dua negara dilakukan.

Chelsea dan Manchester City (5 pemain) dan Watford (3 pemain) mengisi kelompok 3 terbawah pasukan yang paling sedikit meletakkan pemain Inggeris di dalam skuad mereka.

enromxl

Kesimpulan

Jika dilihat pada statistik ini, boleh dikatakan kelab status kerdil mempunyai lebih ramai pemain Inggeris di dalam skuad mereka.

Ini boleh menjadi salah satu punca mengapa skuad England sering beraksi teruk di kejohanan antarabangsa selain daripada tekanan media Inggeris sendiri yang terlalu tinggi terhadap pemain.

Pola bilangan pemain Inggeris yang tidak sekata ini juga membuktikan terhadnya peluang untuk pemain Inggeris beraksi dengan sesebuah kelab di Premier League.

Selain itu, kecenderungan pengurus untuk memilih pemain dari negara tertentu juga menjadi sebab mengapa di sesetengah kelab agak sukar untuk pemain Inggeris beraksi bersama mereka.

Jadi, adakah Premier League gah kerana kehebatan pemain Inggerisnya atau pemain dari luar?

Baca juga: Apa Itu Peraturan Pemain Asal (Home-Grown Rules) Dalam Liga Inggeris?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN