Derby Della Madonnina: Permusuhan Dua Pasukan Gergasi Di Bandar Milan

Bila sebut mengenai bandar Milan, dunia pasti akan terfikir mengenai sebuah bandar yang digelar sebagai syurga bagi peminat fesyen.

Tapi bagi komuniti bola sepak, Milan dikenali sebagai kamar tempat bersemayamnya 2 gergasi bola sepak dunia – AC Milan dan Internazionale.

Bagi sesetengah peminat bola sepak, mereka mungkin tidak mengenali 2 gergasi Itali ini. Cinta mereka mungkin kepada kelab seperti Barcelona, Manchester City atau Bayern Munich.

Namun bagi mereka yang pernah melihat ketajaman Clarence Seedorf mengawal bahagian tengah dan melihat keampuhan Javier Zanetti di bahagian pertahanan. Pasti mereka dapat rasakan nilai sentimental perlawanan 2 musuh tradisi ini.

Sempena Derby Della Madonnina awal pagi ini, kami ceritakan mengenai bagaimana bandar Milan ini boleh terbelah 2 kerana bola sepak.

Satu menjadi dua

Pada mulanya bandar Milan hanya mempunyai 1 kelab sahaja. Iaitu AC Milan yang dahulunya dikenali oleh Kelab Bola Sepak & Kriket Milan.

Kelab itu ditubuhkan oleh bekas naib konsul British di Milan iaitu Alfred Edwards (gambar bawah) pada 13 Disember 1899.

alfred-edwards-1

Edwards cukup dikenali di Milan terutamanya oleh masyarakat kelas tinggi di sana. Di kelab tersebut, bahagian bola sepak diuruskan oleh David Allison dan Edward Berra untuk bahagian kriket.

Mereka berjaya memperoleh kejayaan awal. Milan berjaya merangkul kejuaraan liga pada tahun 1901, 1906 dan 1907.

Namun pada 1908, mereka mengalami sedikit masalah dalam urusan menandatangai pemain dari luar negara. Terdapat pecanggahan pendapat dan hal ini menyebabkan beberapa individu keluar dari AC Milan.

Puncanya adalah kerana terdapat kumpulan individu dari Switzerland yang mahukan lebih banyak pemain asing bermain untuk AC Milan dan tidak mahu skuad hanya dikuasai oleh orang Itali.

Akhirnya Giorgio Muggiani dan beberapa individu lain menubuhkan Internazionale. Pada awalnya namanya hanyalah Inter tetapi kemudiannya dijadikan sebagai Internazionale.

Penggunaan nama Internazioanel yang membawa kepada simbolik kepelbagaian pemain yang terdiri daripada pemain dari serata dunia. Pada waktu itu juga, cogan “saudara seluruh dunia” (brothers of the world) digunakan.

Dan sejak itu, permusuhan antara 2 kelab ini bermula.

Antara 2 darjat

Permusuhan ini juga terjadi akibat kerana sokongan kedua-dua pasukan yang berakar umbi dari 2 kelas yang berbeza.

Penyokong AC Milan rata-ratanya adalah penyokong yang hadir dari golongan sederhana dan bawahan.

Sementara penyokong Internazionale pula majoritinya adalah dari golongan atasan dan kaya-raya.

Namun selepas transfomasi dari pemilik seperti Angelo Morrati dan Silvio Berlusconi menjadikan AC Milan sebuah kelab yang ‘kaya dan berkelas tinggi’.

Oleh kerana itu, kedua-dua kelab ini mempunyai penilaian terhadap kejayaan sesebuah kelab itu dinilai dengan cara yang berbeza.

Di AC Milan, kejayaan di mereka di peringkat Eropah adalah lebih utama manakala di Internazionale mereka lebih mengutamakan kejayaan di peringkat domestik.

Maka tidak hairan mengapa AC Milan mempunyai lebih banyak gelaran kejuaraan Eropah berbanding Internazionale dan Internazionale mempunyai kejuaraan domestik lebih banyak berbanding AC Milan.

Reputasi AC Milan sebagai kelab ‘golongan atasan’ ini jelas boleh dilihat melalui bilik persalinan sahaja.

“Jika anda pergi ke San Siro untuk buat jelajah stadium. Anda akan nampak bilik persalinan AC Milan terdapat kerusi kulit yang mewah untuk setiap pemain.”

spogiatoio3_0

“Sedangkan di bilik persalinan Internazionale hanya terdapat bangku biasa untuk pemain duduk dan penyangkut baju untuk gantung jersi mereka.”

1350475

Dekat tapi jauh

Derby Della Madonnina ini tiada bezanya dengan pertembungan musuh tradisi yang lain di Itali.

Penyokong saling berbalas sorakan yang provokatif serta pertarungan tifo setiap kali perlawanan adalah perkara normal dalam perlawanan ini.

Namun di luar perlawanan, permusuhan antara 2 kelab ini kurang ganas berbanding ketika perlawanan sedang berlangsung.

Maksudnya disini, dalam satu keluarga boleh terdapat kumpulan penyokong yang menyokong AC Milan dan ada yang menyokong Internazionale.

Penyokong kedua-dua boleh hadir ke parti yang sama dan makan di restoran yang sama. Mereka juga boleh pergi ke stadium bersama-sama.

Permusuhan mereka ini diibaratkan seperti permusuhan antara Liverpool dan Everton. Hangat di padang, tapi mesra di luar.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN