Intercontinental Derby: Bagaimana Graeme Souness Menyakitkan Hati Puluhan Ribu Penyokong Fenerbache

Turki terkenal dengan kekayaan sejarahnya. Dari sejarah mengenai empayar kerajaan Uthamniyah yang pernah menguasai dunia sehingga satu ketika dahulu hinggalah sejarah dalam dunia bola sepak Turki sendiri.

Bila bercakap mengenai bola sepak Turki, pasti anda akan teringat kehebatan skuad Piala Dunia Turki pada tahun 2002. Selain daripada itu, pastinya permusuhan antara Galatasaray dan Fenerbache yang merupakan 2 kelab utama di sana.

Permusuhan 2 kelab Istanbul ini cukup unik, hal ini kerana kedua-dua kelab dipisahkan oleh 2 benua yang berbeza walaupun berada di bandar yang sama!

Galatasaray terletak di bahagian Eropah Istanbul manakala Fenerbache terletak di bahagian Asia Istanbul.

Graeme Souness cari pasal

Penceritaan kali ini sedikit berbeza dengan apa yang selalu kami sampai dalam penceritaan sejarah permusuhan kelab bola sepak.

Kali ini kami mahu menceritakan bagaimana Graeme Souness yang pernah bermain untuk Galatasaray ‘cari pasal’ dengan penyokong Fenerbache.

Semuanya bermula pada perlawanan akhir kedua Piala Turki 1996 yang dilangsungkan di gelanggang Fenerbache.

Ketika itu Galatasaray membawa kelebihan 1 gol selepas memenangi perlawanan pertama di tempat sendiri dengan jaringan 1-0.

Galatasaray menang perlawanan itu dengan 1-0 untuk menang dengan aggregat 2-0.

Cerita ini mula menemui kemuncak apabila kesemua pemain Galatasaray ke zon penyokong mereka di tepi stadium untuk meraikan kejayaan itu bersama-sama.

Ketika semua pemain sedang seronok meraikan kejayaan itu, Souness datang ke arah penyokong dan mengambil bendera warna berjalur merah kuning yang terletak di zon penyokong Galatasaray.

Pada mulanya tiada siapa menyangka Souness akan melakukan sesuatu yang bahaya. Mereka mungkin akan berfikir beliau hanya akan mengibarkan bendera itu sahaja.

Namun, Souness melakukan tindakan gila apabila membawa lari bendera tersebut ke tengah padang.

souness-2

Gilanya itu tidak berakhir disitu. Kemuncaknya apabila, Souness memacakkan bendera Galatasaray ditengah-tengah padang stadium Fenerbache!

Tindakan itu mengundang kemarahan ribuan penyokong Fenerbache yang ada di dalam stadium.

Menurut Iaik Akin yang merupakan peminat Fenerbache, beliau mengatakan semangat orang Scotland yang kuat dalam dirinya menyebabkan Souness beliau bertindak sedemikian.

“Saya rasa kerana darah Scotland yang ada dalam diri beliau, beliau cuba ekspreskan perasaan gembira beliau dengan melakukan tindakan yang sangat-sangat salah.”

Dikerumuni polis

Tindakan gila Souness itu menyebabkan sesi pemberian trofi Piala Turki dilangsungkan dengan keadaan yang agak tidak selesa oleh skuad Galatasaray.

Sambil mereka menjulang piala tersebut, di hadapan mereka terdapat sekumpulan polis yang menjaga mereka untuk memastikan tiada penyokong Fenerbache menganggu sesi tersebut.

Menurut Okan Buruk yang merupakan pemain Galatasaray waktu itu, mereka terpaksa menjulang piala tersebut dengan keadaan teragak-agak.

“Masa saya julang piala tersebut, saya tak boleh nak julang piala tu lama-lama sangat. Saya cepat-cepat turunkan balik piala tu takut apa-apa jadi.”

Perisitiwa pisau kebab

Namun penyokong Fenerbache pastinya mahu membalas dendam dengan perisitwa tersebut.

Ketika perlawanan antara kedua-dua pasukan dilangsungkan di gelanggang Galatasaray. Penyokong Fenerbache telah melakukan misi membalas dendam ala Rambo.

Penyokong Fenerbache memecah masuk ke dalam stadium dan kemudiannya menyorok masuk di dalam papan iklan semalaman.

Ketika perlawanan hampir untuk dimulakan. Penyokong Fenerbache tersebut merosakan papan iklan tersebut dan keluar sambil berlari ke tengah padang membawa bendera Fenerbache dan pisau kebab.

Beliau memacakkan bendera tersebut di tengah padang, sama seperti apa yang Souness lakukan terhadap mereka.

Penyokong tersebut kemudiannya menjerit sambil menjulang pisau kebab itu, “Inilah pembalasan dari kami!”

Jawab soalan kuiz #BolaVaganza dan menang!

[adrotate banner=”27″]

Untuk pengetahuan anda, app Inikan Bola sedang menganjurkan kuiz #BolaVaganza yang menawarkan hadiah-hadaiah lumayan kepada peminat bola sepak tempatan tegar.

Bagaimana cara untuk menang hadiah lumayan ini?

Muat turun app Inikan Bola di Google Play Store dan sertai kuiz #BolaVaganza sekarang!

Baca juga: Derby Della Madoninna: Perseteruan Antara Dua Gergasi Itali Yang Masih Lagi Tidur

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN