Analisis Taktikal Piala AFF 2016: Malaysia Bergelut Untuk Menang

Malaysia berjaya memenangi perlawanan pembukaan Piala AFF buat pertama kali selepas kali terakhir pada 2008. Namun yang pasti mengejutkan adalah tahap kompetensi pasukan Kemboja dalam perlawanan ini.

Permulaan

Malaysia kelihatan bermula dengan 4-2-3-1 dengan meletakkan Irfan dan Baddrol Bakhtiar di pivot. Pada awalnya, kami jangkakan ia adalah 4-4-1-1 kerana Hazwan Bakri.

Namun berdasarkan pegerakan dalam perlawanan, sama ada Hazwan tidak bermain di posisi diarahkan ataupun sebaliknya. Ia menjadikan Malaysia bermain 4-2-3-1 dengan Hazwan sebagai pemain tengah menyerang bukannya penyerang kedua.

Kemboja memulakan perlawanan dengan asas seperti 3-5-2. Ketika bertahan mereka akan cepat kembali ke 5-3-2. Ketika menyerang mereka boleh membentuk 3-3-4.

Taktikal Kemboja

Bertahan Dengan 5-3-2

Sesuatu yang jelas adalah mereka menggunakan sistem pertahanan sayap ataupun wingback. Mereka cuba melindungi half-space dan zon 14 ataupun poket dengan sebaik mungkin.

c1

Namun mereka masih ada isu dengan teknikal ketika mematikan ancaman. Mereka ada positioning yang baik ketika bertahan namun sangat ‘takut’ untuk melakukan bentesan.

Seterusnya adalah, mereka bermasalah dengan sistem pertahanan garisan tinggi. Dalam perlawanan ini mereka bermain sangat terbuka sepanjang 90 minit walaupun mendahului Malaysia 2 kali.

Fluiditi Kepada 3-3-2-2 ataupun 3-3-4

Ini adalah isu yang menarik tentang taktikal Kemboja. Mereka lebih ekspansif dari segi koordinasi taktikal. Di bawah ini adalah video yang ringkas bagaimana mereka cuba membentuk 3-3-2-2 daripada 5-3-2.

Ini adalah pelan pertahanan mereka 5-3-2 ketika set piece.

Ini adalah antara usaha contoh mereka cuba bergerak segera membentuk 3-3-2-2.

Serangan mereka adalah berasaskan half-space. Ini yang memberikan masalah kepada pertahanan Malaysia. Ini adalah penjelasan secara ringkas.

c3

Ini adalah sampel daripada pelan Borrusia Dortmund bagaimana Weigl cuba memutuskan hantaran bola dari sampai ke hadapan.

weig

Dalam kes di atas, pemain sayap iaitu Amri Yahyah dan Syazwan Zainon harus mengawal wingback Kemboja. 2 pemain tengah bertahan pula harus cuba mematikan bola dan gerakan daripada lapisan kedua serangan Kemboja.

Dalam kes half-space, pertahanan sisi adalah pemain pertama yang akan cuba mematikan ancaman mereka. Dalam kes Malaysia, pertahanan sisi, Davies dan Rizal Ghazali terlalu fokus kepada bek sayap/wingback Kemboja.

Ini mungkin pelan yang kami rasakan lebih baik. Syazwan dan Amri perlu meningkatkan lagi komitmen ketika bertahan. Irfan Fazail dan Baddrol harus memberikan perlindungan lebih baik.

mas

Lihat contoh di bawah ini, betapa mudahnya bola dilorongkan dari belakang ke hadapan dan mencetuskan ancaman.

Taktikal Malaysia

Secara asas, Malaysia bermain 4-2-3-1. Ia berkembang kepada 4-1-4-1 atapun 4-2-4. Namun, koordinasi dan interaksi antara pemain agak tidak stabil.

Ini adalah penerangan Malaysia membentuk 4-2-4. Namun dari segi penetrasi, ia agak lemah dan pemain tidak fluid dalam bergerak. Agak pegun.

4241

Idea 4-2-4 ini memerlukan kawalan ke atas bek sisi supaya tidak terlalu advance. Masalah jelas adalah Davies tidak cukup baik dari segi adaptasi bila berlaku pertukaran formasi.

Formasi ini sangat memerlukan Hazwan Bakri untuk faham akan peranan beliau. Kemasukan Safee Sali dilihat memperbaiki isu ini.

Contoh di bawah adalah bagaimana 4-2-4 Malaysia yang tidak fluid dan agak statik. Akhir sekali ia disudahkan dengan keputusan individu dengan rembatan jarak jauh walaupun ada ramai rakan di hadapan.

Malaysia juga banyak menumpukan usaha untuk mendapatkan gol daripada bola mati dalam perlawanan ini.

Isu Yang Perlu Diperbaiki

Kelemahan yang jelas adalah permainan yang terlalu teknikal dan bukannya taktikal. Hazwan Bakri pada separuh masa kedua, beliau menutup kelemahan aksi beliau sepanjang perlawanan dengan serangan di half-space dan melakukan gol.

Sukar untuk menyalahkan Hazwan, kerana hanya dia dan Ong Kim Swee yang tahu. Jika dia memang diarahkan beraksi sebagai attacking midfielder (bukan second striker) dalam 4-2-3-1, maka itu lebih kepada isu keputusan taktikal Ong Kim Swee.

Sebaliknya, jika Ong Kim Swee memang mengarahkan beliau bermain sebagai penyerang kedua, kerana sebelum ini Ong Kim Swee pernah menggunakan sistem 4-4-1-1, jadi ia adalah positioning error oleh Hazwan.

Isu seterusnya adalah fokus ketika bertahan. Isu asas, wisel daripada pengadil utama adalah rujukan utama. Gol pertama adalah kerana mereka beranggapan pemain tersebut ofsaid.

Pengadil ‘override’ keputusan penjaga garisan kerana bola adalah dari kaki pemain Malaysia. Ada beberapa kali mereka hilang fokus dalam bertahan.

Dalam perenggan di atas, kami ada jelaskan isu pertahanan dan defensive midfielder.

Seterusnya adalah kreativiti. Ia diperbaiki pada separuh masa kedua namun, sebagai sebuah pasukan yang mahu melangkah lebih jauh, kreativiti haruslah konsisten dari awal.

Isu pressing ataupun tekanan ke atas lawan. Pemain-pemain kita agak pasif. Dalam sistem 4-2-3-1 ataupun 4-1-4-1, lapisan paling atas, iaitu penyerang utama mungkin agak sukar melakukan desakan kerana sistem penyerang tunggal.

mas1

Namun, lapisan kedua di belakang beliau perlu untuk lebih agresif terutama dalam kedudukan 4-1-4-1. Circulation dan aspek recycle bola jelas bermasalah dan memaksa pemain melakukan hantaran jauh.

Perkara Positif

Perkara yang positif adalah respon selepas ketinggalan dan aksi yang lebih baik di separuh masa kedua. Syazwan Zainon jelas sekali pemain penting untuk kempen kali ini.

Selepas gol pertama, beliau terus menunjukkan aksi lebih yakin dan semula jadi.

Pada separuh masa kedua, pemain lebih cepat melepaskan bola apabila ada ruang dibuka oleh pemain-pemain Kemboja. Amri Yahyah bijak mencipta ruang dengan gerakan tanpa bola yang sangat positif.

Kemasukan Safee Sali juga memberikan impak yang tersendiri dalam perlawanan ini. Secara tidak langsung pada 20 minit terakhir, kreativiti dan teamplay pasukan Malaysia diperbaiki.

Penilaian

Ia adalah perlawanan yang gagal dimenangi Kemboja kerana tidak ada pelan pertahanan yang lebih baik.

Untuk skuad Malaysia, persembahan skuad kita lebih tajam selepas gol kedua Kemboja. Ia adalah fasa penting dalam perlawanan ini.

Keinginan untuk menang adalah perkara yang menjadi perbezaan walaupun dari segi taktikal, Malaysia lebih banyak bergantung kepada aspek teknikal.

Di bahagian pertahanan, kita harus memperbaiki banyak isu dalam masa terdekat. Ia bukan sahaja back 4 malah melibatkan cara bertahan sebagai pasukan.

Namun, yang penting kita menang perlawanan ini yang sememangnya menjadi perlawanan wajib menang.

Pemain Terbaik

Syazwan Zainon (Malaysia)

mas22

Jawab soalan kuiz #BolaVaganza dan menang!

[adrotate banner=”27″]

Untuk pengetahuan anda, app Inikan Bola sedang menganjurkan kuiz #BolaVaganza yang menawarkan hadiah-hadiah lumayan kepada peminat bola sepak tempatan tegar.

Bagaimana cara untuk menang hadiah lumayan ini?

Muat turun app Inikan Bola di Google Play Store dan sertai kuiz #BolaVaganza sekarang!

Baca juga :Analisis Taktikal Bundesliga 2016/17: Bolasepak Bertenaga Dortmund Tewaskan Bayern

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN