Rumusan Deadline Day EPL: Godin ‘Reject’ Man. United, Everton & Fulham Aktif, Spurs Sunyi

Deadline day untuk EPL 2018/19 sudah pun berakhir. Kami ada rumusan ringkas untuk anda.

Chelsea dapat Kepa dan Kovacic

Chelsea mengumumkan Kepa Arrizabalaga dan Kovacic (pinjaman) pada awal hari ini. Kepa menjadi penjaga gol termahal dunia dengan rekod pembelian £71.6 juta.

Hari ini juga Chelsea mengesahkan Thibaut Courtois sah menyertai Real Madrid.

Drama di Manchester United

Mourinho hari ini menyuarakan ketidakyakinan beliau akan mendapat sebarang pemain hari ini.

Jika gagal mendapatkan sebarang pemain beliau sudah bersedia menggunakan pemain sedia ada. Sepanjang pra-musim kali ini The Special One tidak berpuas hati dengan Ed Woodward yang tidak cukup aktif membantu beliau.

Man. United cuba mendapatkan bek tengah baharu. Spurs tidak mahu melepaskan Alderweireld.

Maguire kemudian menyatakan beliau berminat ke United. Namun Puel enggan melepaskan pemain pada hari ini kerana sukar mencari pengganti.

Man. United kemudian menghubungi Atletico Madrid dan mahu menebus klausa perlepasan £18 juta yang ada pada Godin. Mereka menawarkan bek tengah itu kontrak £9 juta semusim.

Namun Godin tidak mahu mengaktifkan klausa perlepasan itu dan mahu kekal di Atletico. Godin kemudian ditawarkan kontrak baru dan pemain itu setuju memansuhkan klausa perlepasan pada kontrak beliau.

Kesannya, Man. United tidak dapat melepaskan Rojo ke Everton yang menawarkan £22 juta untuk pemain itu.

United juga menghubungi Chelsea untuk mendapatkan Kurt Zouma namun The Blues dilaporkan enggan menjual pemain kepada kelab yang akan menjadi pesaing kejuaraan dengan mereka.

Man. United sebelum ini turut enggan melepaskan Martial kepada Chelsea atas alasan yang sama.

Fulham dapat Rico

Fulham mengesahkan Sergio Rico sebagai pemain mereka dengan perjanjian secara pinjaman.

Fulham turut membawa masuk Joe Bryan dari Bristol City.

Ketika beberapa minit lagi perpindahan hampir ditutup, Fulham berjaya menyelesaikan perpindahan Lucano Vietto secara pinjaman dari Racing Club.

Montoya ke Brighton

Brighton umumkan Dan Burn dari Wigan.

Seorang lagi pemain yang dilaporkan ke England untuk sertai Fulham. Namun pada hari terakhir perpindahan beliau menyertai Brighton.

West Ham dapatkan Lucas Perez

Manuel Pellegrini berjaya mendapatkan Lucas Perez dengan nilai £5 juta dari Arsenal dengan kontrak 3 tahun.

West Ham buat pengumuman dengan video ala Fantasy Premier League.

West Ham turut mendapatkan Carlos Sanchez dari Fiorentina dalam perpindahan lewat.

Wolves terus aktif

Selepas mengumumkan Adama Traore semalam, Wolves mengumumkan Leander Dendoncker sebagai pemain baru mereka dengan status pinjaman.

Namun begitu perpindahan Oleksandr Zinchenko dari City gagal kerana pemain itu mahu bersaing di City.

Dalam jendela perpindahan kali ini Wolves sudah berbelanja lebih £75 juta.

Man. City

Manchester City mengumumkan pembelian bintang Piala Dunia 2018 pasukan Australia, Daniel Arzani dari Melbourne City. Pemain ini akan dipinjamkan terus ke Celtic.

Leicester

Mereka sah mendapatkan bek tengah Filip Benkovic dari Dinamo Zagreb, dan menegaskan pemain ini dibeli bukan untuk mengisi sebarang kemungkinan Harry Maguire akan ke Manchester United.

Mereka kemudian melengkapkan perpindahan Caglar Soyuncu yang pernah dikaitkan dengan Arsenal sebelum ini.

Everton paling aktif

Everton mengumumkan 3 perpindahan lewat.

Selepas mendapatkan Bernard, mereka berjaya mendapatkan Yerry Mina secara tetap dari Barcelona dengan nilai £29 juta dengan klausa beli balik.

Everton turut berjaya mendapatkan Andre Gomes dari Barcelona secara pinjaman semusim.

Everton awalnya ingin mendapatkan Rojo namun Man. United hanya akan melepaskan pemain itu jika mendapat bek tengah baharu.

Selepas Man. United gagal mendapatkan sebarang bek tengah, Everton pergi ke sasaran seterusnya iaitu Kurt Zouma.

Everton dilaporkan meminta masa lanjutan (extension) untuk menyelesaikan beberapa kertas kerja bagi mendapatkan pertahanan Chelsea itu.

Spurs cipta rekod baharu

Tottenham Hotspur secara rasminya menjadi pasukan pertama gagal menanandatangani sebarang pemain sejak sistem jendela perpindahan pra-musim seperti pada hari ini sejak ia diperkenalkan pada 2003.

Spurs dikatakan cuba mendapatkan Jack Grealish pada hari terakhir perpindahan namun ianya gagal dimeterai walaupun beberapa sumber menyatakan pemain itu sudah sedia ucap selamat tinggal kepada Aston Villa.

Cubaan lewat Southampton

Southampton juga dilaporkan meminta masa lanjutan dalam usaha mereka mahu mendapatkan Danny Ings. Ya! Southampton cuba menandatangani pemain Liverpool kali ini.

Namun selepas itu tiada perkembangan untuk berita ini.

Nota editor: Kemaskini adalah sehingga 2.20 am waktu Malaysia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN