Quantcast

BERITA

JDT Rombak Pasukan Kejurulatihan, Raul Longhi Dipecat

Tiga jurulatih utama kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Raul Longi, Rui Miguel dan Ismail Ibrahim dilepaskan oleh kelab tersebut dari jawatan masing-masing.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Pengarah Teknikal Kelab Bolasepak JDT, Alistair Edwards melalui satu kenyataan yang dimuatnaik melalui akaun Facebook rasmi kelab.

Sehubungan dengan itu, tiga nama yang tidak asing kepada JDT akan terlibat di dalam perlantikan baru.

Kredit: Berita Harian

Bekas pemain import, Luciano Figueroa akan dilantik sebagai pengurus pasukan. Manakala bekas pengendali pada musim lalu, Benjamin Mora dan Hamzani Omar akan membantu tugas Figueroa sebagai jurulatih.

Ketiga-tiga mereka akan dihantar ke Eropah dalam masa terdekat untuk menjalani kursus kejurulatihan. Figueroa akan dihantar ke Atletico Madrid, manakala Mora nda Hamzani masing-masing akan ke Manchester City dan Wolverhampton Wanderers.

Untuk mengisi kekosongan di JDT II dan JDT III yang diisi oleh Mora dan Hamzani, Ervin Boban akan dinaikkan pangkat sebagai jurulatih.

Aksi Figueroa bersama JDT. Sumber: JST, Facebook.

Sehubungan dengan itu, Shakir Shaari akan dihantar untuk menjalani kursus kejurulatihan untuk mempersiapkan diri sebagai pembantu kepada Boban.

Alistair turut mengesahkan bahawa pemain pertahanan, Marcos Antonio akan menyertai Shakir untuk menjalani kursus kejurulatihan selepas bersara daripada bola sepak.

Menurut Alistair lagi perkara ini sememangnya sudah di dalam perancangan JDT sejak sekian lama, namun terpaksa menunggu waktu yang tepat untuk diumumkan.

Walaupun mengesahkan Raul Longhi, Rui Miguel dan Ismail Ibrahim sudah tidak melatih skuad utama JDT, masih menjadi tanda tanya sama ada ketiga-tiga mereka akan mengambil peranan lain, atau meninggalkan juara lima kali berturut-turut Liga Super Malaysia itu.

Kami perlukan bantuan anda.

Saban hari, semakin ramai peminat bola sepak membaca Semuanya BOLA. Seiring dengan pertambahan pembaca ini, kos operasi kami turut meningkat. Jadi anda boleh nampak kenapa kami perlukan bantuan anda. Untuk memastikan penulis-penulis kami dapat terus membekalkan konten-konten yang tidak bias dan berkualiti kepada anda, duit dan kerja keras sangat diperlukan. Tetapi kami buat juga kerana kami percaya anda berhak mendapat maklumat berkualiti dari media yang telus, bebas dan terbuka.

Sumbangan anda membolehkan masa depan penulis-penulis kami terus terjamin. Dengan hanya RM5, anda boleh menyokong Semuanya BOLA - dan ia hanya mengambil masa 1 minit. Terima kasih.

atau Beri Sumbangan

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!