Jersi Nombor 7 Barcelona Kini Jadi Milik Philippe Coutinho

Coutinho

Bintang Brazil, Philippe Coutinho akan menggunakan jersi bernombor 7 bersama Barcelona untuk musim baharu.

Pengumuman tersebut telah dibuat menerusi laman web rasmi Barcelona.


Coutinho yang mengenakan jersi bernombor 14 sejak menjejakkan kaki di Nou Camp pada Januari yang lalu akan menggunakan nombor 7 yang sebelum ini menjadi milik Arda Turan.

Terdahulu, peminat bola sepak menjangkakan bahawa Coutinho bakal diberikan nombor 7 memandangkan Turan dilihat kurang mendapat tempat di Barcelona.

Anda Turan menggunakan jersi 7 semenjak beliau menyertai Barcelona pada tahun 2015 dari Atletico Madrid.

Meskipun Barcelona telah meminjamkan Turan kepada Istanbul Basaksehir FC, pihak pengurusan tidak memberikan nombor 7 kepada Coutinho sehingga musim 2017/18 berakhir.

Nombor 7 yang bakal digunakan Coutinho pada musim hadapan pasti akan mengingatkan peminat Barcelona kepada beberapa pemain hebat yang turut pernah menggunakan jersi bernombor 7 ketika bersama Barcelona, antaranya David Villa, Luís Figo dan Eidur Gudjohnsen.

Selain itu, nombor 7 juga bakal mengimbau nostalgia buat legenda terulung Barcelona di era 60-an iaitu Charly Rexach yang telah membuat lebih dari 300 penampilan bersama kelab Catalan tersebut.

Coutinho menyertai Barcelona dari Liverpool pada jendela perpindahan Januari lalu dengan mencatatkan rekod perpindahan sebanyak 160 juta Euro (RM770 juta)

Beliau mengikat kontrak selama lima tahun setengah termasuk klausa pelepasan bernilai 400 juta Euro (RM1.9 bilion).

Sejak bersama Barcelona, pemain berusia 26 tahun itu telah berjaya membantu pasukan menjaringkan 10 gol dalam 22 penampilannya musim lalu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN