Chelsea Terpaksa Lupakan Khidmat Ruben Loftus-Cheek Untuk Pelawanan Akhir UEL

Pemain tengah Chelsea, Ruben Loftus-Cheek akan terlepas peluang untuk beraksi di perlawanan akhir UEFA Europa League (UEL) selepas mengalami kecederaan buku lali, dalam satu perlawanan persahabatan yang diadakan di Amerika Syarikat.

Pemain berusia 23 tahun itu kelihatan jatuh sebelum memegang buku lali sebelah kiri, pada separuh masa pertama perlawanan yang turut menyaksikan Chelsea menang 3-0 ke atas New England Revolution.

Kenyataan dari Chelsea berkata pemain tersebut telah dihantar untu berjumpa dengan pakar pada Khamis, dan kini disahkan terpaksa berhadapan dengan pembedahan untuk tujuan rawatan.


Chelsea akan berhadapan dengan Arsenal di perlawanan akhir yang akan berlangsung di Baku pada 30 Mei (3 am waktu Malaysia).

Pengurus England, Gareth Southgate sebelum itu turut mengesahkan Loftus-Cheek terpaksa disisihkan dari senarai skuad The Three Lions untuk pusingan akhir UEFA Nations League.

Pemain tersebut sudah berada di dalam senarai awal pemain yang diumumkan, namun kini Southgate terpaksa mencari pengganti selepas mengetahui mengenai kecederaan pemain tersebut.

“Sebelum saya masuk tidur semalam, nama Ruben sememangnya berada di dalam senarai skuad, kerana beliau beraksi dengan cemerlang [untuk Chelsea],” ujar Southgate.

“Sekarang pemain ini terpaksa melepaskan peluang keemasan untuk beraksi di kejohanan utama eropah.

“Ia adalah satu kekecewaan untuk pemain Chelsea itu.”

Loftus-Cheek terlibat di dalam sembilan gol dari 15 perlawanan kompetitif beliau bersama Chelsea pada musim ini. Salah satu daripadanya ialah jaringan ketika menentang Eintracht Frankfurt di separuh akhir kedua UEL.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN