Roy Keane: Pemain Arsenal Kelihatan Terlalu Lembik

Roy Keane
Thomas Tuchel's first training session as England manager Loading official content
Thomas Tuchel's first training session as England manager
Check out Tuchel's first open training session as the head coach of the England national team ahead of World Cup qualifying matches.
0 seconds of 48 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Behind the scenes: France's official 2025 squad photo at Clairefontaine
00:58
00:00
00:48
00:48
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Behind the scenes: France's official 2025 squad photo at Clairefontaine Spain national team use iconic 2006 World Cup ball in training Dalot: 'Ruben Amorim doesn't have to prove what a great coach he is' Thomas Frank celebrates Brentford's fifth straight away win Jhon Durán scores brilliant solo goal for Al Nassr vs. Al Kholood Pitchside Angle: Monteiro's acrobatic goal in the PSIS' chaotic box Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio Messi bags his trademark chip against Atlanta United Mbappé, Koundé & France players arrive for Croatia double-header Guimaraes after Newcastle win Carabao Cup: 'The best day of my life' PSG dominate Marseille in Le Classique Slot on tough week after losing vs PSG and Carabao Cup final Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Ronaldo, Mané, Durán score as Al-Nassr thump Al-Kholood Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Bekas ketua pasukan Manchester United, Roy Keane menegaskan bahawa Arsenal tidak memiliki barisan pemain yang cukup bagus untuk bersaing hebat dengan pasukan di tangga teratas saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) 2020/21.

Melihatkan kepada aksi bertemu Wolves di mana The Gunners mengalami kekalahan kelima pada musim ini, Keane juga melihat anak buah Mikel Arteta itu tidak mempunyai keinginan dan keazaman untuk mencatatkan kemenangan.

Tewas lima perlawanan pada 10 aksi awal EPL bukanlah permulaan yang baik buat Arsenal sekali gus menyaksikan juara EPL tiga kali itu pada ketika ini sekadar menduduki tangga ke-14 dengan 13 mata. Ia juga merupakan pencapaian terburuk Arsenal sejak tahun 1981.

”Saya merasakan ramai pemain [Arsenal] tidak cukup bagus, saya fikir pasukan ini terlalu lembik,” ujar Keane menurut laporan dikeluarkan Goal.

”Beberapa minggu lalu, semua ‘pasukan sorak’ mereka muncul apabila mereka mempamerkan corak permainan baik di United. Mereka hanya meraih satu mata selepas itu, tewas pada dua perlawanan lagi.”

”Saya merasakan mereka kelihatan terlalu lembik. Mereka juga kelihatan seperti kekurangan keyakinan.”

”Saya melihat bahawa tidak ada saingan hebat diberikan [perlawanan bertemu Wolves] seperti yang diperkatakan oleh pengurus mereka [Mikel Arteta].”

”Saya juga tidak melihat adanya keinginan dan keazaman dalam kalangan pemain untuk mencatatkan kemenangan.”

”Anda harus untuk mencari cara bagi meraih kejayaan dan pada ketika ini saya tidak melihat semangat para pemain pasukan ini.”

”Saya menilai, mereka memang kelihatan sangat lembik,” tambah Roy Keane lagi.

Kredit featured image: Catherine Ivill/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Arsenal:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN