Nacho Monreal: Mikel Arteta Telah Membawa Udara Segar Di Arsenal

Monreal Arteta

Bekas pemain pertahanan Arsenal, Nacho Monreal mengakui Mikel Arteta telah membawa ‘udara segar’ buat kem The Gunners selepas beliau menggalas tanggungjawab selaku pengurus pasukan bermula 20 Disember 2019 itu.

Pasca ‘pemerintahan’ Arsene Wenger selama 22 tahun menyaksikan pucuk pimpinan tertinggi Arsenal memilih Unai Emery bagi menggalas tugas berat yang disandarkan kepadanya tetapi pengurus kelahiran Sepanyol itu hanya mampu bertahan selama 18 bulan di Stadium Emirates.

Keadaan itu membolehkan Arteta dipilih bagi mengisi kekosongan ditinggalkan rakan senegaranya walaupun beliau langsung tidak pernah memiliki pengalaman dalam mengendalikan pasukan.

Meskipun aksi tidak konsisten dipamerkan, Arteta masih mampu menjelmakan sesuatu bagi menggembirakan para penyokong Arsenal apabila kelab London itu berjaya menjulang trofi Piala FA musim lalu selepas menundukkan Chelsea 2-1 pada perlawanan akhir.

Sehubungan dengan itu, Monreal yang pernah beraksi bersama Arteta selama tiga musim setengah di Arsenal merasakan pengendali berusia 38 tahun itu telah mewujudkan persekitaran lebih baik di kelab tersebut.

”Anda boleh melihatnya. Dia [Mikel Arteta] merupakan seorang pemimpin, seorang ketua pasukan.”

”Dia menunjukkan kualiti diri dengan baik, bercakap pada setiap perjumpaan pasukan, seorang yang berpengetahuan. Dia juga mampu berkomunikasi dengan baik.”

”Dia telah mendapatkan lencananya [lesen kejurulatihan], memberitahu bahawa pekerjaannya adalah melatih. Dia mempunyai masa depan yang cerah, dia memahami segalanya.”

”Dia telah belajar banyak perkara dengan Guardiola. Dia telah membawakan udara yang segar [buat Arsenal] dan akan semakin menunjukkan peningkatan.”

”Saya pastinya suka untuk bermain di bawah kendalian Arteta. Saya telah bercakap mengenai perkara ini dengan Hector [Bellerin],” ujar Monreal menurut laporan dikeluarkan Goal.

Kredit featured image: Stuart MacFarlane/Arsenal FC via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Arsenal:

Mikel Arteta Dedah Kegagalan Pertamanya Di Arsenal

Mertesacker Beri Sebab Kenapa Arsenal Gugurkan Mesut Ozil

Emiliano Martinez: Tinggalkan Arsenal Langkah Tingkatkan Karier Saya

Leave a Reply

Bacaan Yang Disyorkan Untuk Anda