Mehmed Durakovic: Kami Main Di Australia Tetapi Penyokong Hanya Jerit Nama Maradona

Mehmed Maradona

Ketua jurulatih Perak, Mehmed Durakovic berkongsikan pengalamannya yang pernah merantai pergerakan legenda bola sepak dunia, mendiang Diego Armando Maradona ketika kelayakan play-off bagi menghadapi saingan Piala Dunia 1994.

Mehmed yang merupakan pemain pertahanan turut berpeluang beraksi pada kedua-dua aksi timbal balik itu di mana Australia berjaya mengikat Argentina 1-1 di Sydney tetapi tunduk 0-1 pada perlawanan kedua di Buenos Aires.

Sehubungan dengan itu, Mehmed menganggap pengalaman tersebut sebagai satu mimpi yang menjadi kenyataan buatnya kerana dapat beraksi bersama figura penting dalam membantu Argentina menjuarai saingan Piala Dunia 1986 itu.

”Diego Maradona, apa lagi yang boleh diperkatakan mengenainya untuk saya. Saya membesar melihat dia bermain bola sepak,” ujar Mehmed menurut laporan dikeluarkan Buletin Utama TV3.

”Dia merupakan antara pemain terbaik dan beraksi menentangnya ketika aksi play off kelayakan Piala Dunia 1993 merupakan satu mimpi yang menjadi kenyataan.”

”Kami bermain di Australia tetapi kebanyakkan penyokong memberi sokongan kepada Argentina dengan memanggil nama Diego Maradona. Kami bermain di gelanggang sendiri tetapi suasana sepi bermain di tempat lawan.”

”Tetapi kini dia telah tiada dan kita amat terasa dengan kehilangannya.”

Dalam masa sama, Mehmed turut memuji sikap Maradona di luar padang yang disifatkannya memiliki keperibadian yang baik.

”Dia sangat peramah dan kami ada bersembang mengenai anak-anak dan dia telah menurunkan tandatangan kepada gambar anak saya, dia merupakan seorang yang baik di dalam dan juga di luar padang.”

Kredit featured image: Socceroos

Leave a Reply