Pemain Leicester City, James Maddison sering kali dikaitkan dengan perpindahan ke Arsenal pada musim baharu ini.
Beliau yang cukup cemerlang dengang The Foxes musim lalu berjaya menjadi antara pemain handalan Premier League musim ini dengan kreativitinya membawa kelab itu ke saingan Eropah.
Aksi cemerlang Maddison berjaya mendapatkan tumpuan dari Arsenal yang dahagakan pemain yang mampu menggantikan Mesut Ozil.
Spekulasi mengenai perpindahan Maddison ke Arsenal telah berlegar-legar untuk beberapa ketika namun begitu masih belum mampu dilihat perkembangan signifikan mengenai situasi itu.
Akan tetapi, Roy Keane mempunyai pandangannya mengenai khabar angin tersebut.
Keane menganggap jika Maddison memilih untuk berpindah ke Arsenal ianya adalah satu langkah yang salah dari segi pembangunan kariernya.
Bercakap sebagai penganalisis bagi perlawanan FA Community Shield antara Leicester City dan Manchester City untuk siaran ITV, Keane menanggap Arsenal bukanlah kelab yang seperti dulu.
“Adakah ianya langkah serong [untuk sertai Arsenal?,” soal pengacara kepada Keane.
“Kemungkinan berundur ke belakang,” jawab legenda Manchester United itu.
Pada Keane, meninggalkan Leicester yang mempunyai rekod terkini yang lebih baik bukanlah satu tindakan bijak jika Maddison lakukan.
“Arsenal semenangnya kelab yang besar sewaktu saya bermain, tetapi jika pada masa sekarang saya tidak akan tinggalkan Leicester untuk sertai mereka.”
“Arsenal memang kelab yang besar tetapi ketika ini Leicester adalah pasukan yang mencabar untuk kedudukan Eropah dan mereka menang piala musim lepas.”
Kenyataan yang dilakukan oleh Keane tidak disenangi oleh rakan penganalisis iaitu Ian Wright.
Pada Wright, bekas kelabnya itu sedang mengalami masa sukar dan akan kembali lagi selepas ini.
“Benar, kebelakangan ini Leicester adalah pasukan yang lebih baik. Mereka memenangi liga dan FA Cup baru-baru ini.”
“Tetapi Arsenal sedang melalui proses [masa sukar] mereka, mereka akan kembali.”
Maddison beraksi dalam aksi perlawanan menentang City hampir keseluruhan perlawanan sebelum digantikan.
The Foxes memenangi perlawanan pembukaan musim bola sepak Inggeris itu dengan jaringan 1-0.