Klopp Yakin Gol Maddison Offside, Tuduh VAR Salah Tekan Butang ‘Paused’

VAR sekali lagi menjadi isu dalam perlawanan membabitkan Liverpool. Kali ini pengurus Liverpool Jurgen Klopp yakin gol penyamaan Leicester City jaringan James Maddison sebenarnya offside, dan gol tersebut diberikan kerana pengadil VAR, Stuart Attwell tersalah tekan butang ‘paused’/henti.

Klopp kemudiannya mengangkat bendera putih untuk mengejar kejuaraan selepas kekalahan 3-1 kepada skuad Brendan Rodgers itu, menyaksikan tiga gol oleh The Foxes dalam tempoh tujuh minit memadam gol awal Liverpool yang diperolehi melalui Mohamed Salah.

Gol penyamaan oleh James Maddison dihasilkan melalui sepakan percuma yang berjaya lolos di celah-celah timbunan pemain. Gol tersebut pada mulanya dibatalkan kerana dakwaan offside terhadap Daniel Amartey.

Namun selepas semakan semula melalui VAR, keputusan tersebut diubah dan Amartey disahkan berada di dalam kedudukan onside.

Klopp tidak menyembunyikan perasaan beliau terhadap insiden tersebut dan terus berhadapan dengan Sam Matterface selepas perlawanan untuk meluahkan kekecewaan terhadap VAR yang dikendalikan Attwell.

“Kami dibolosi oleh gol yang amat pelik – Saya telah menyebut mengenai perkara ini banyak kali iaitu mengenai VAR. VAR sepatutnya perlu digunakan secara objektif, namun ia tidak sedemikian,” ujar beliau kepada talkSPORT.

“Disebabkan seseorang perlu membuat keputusan jika ia offside atau tidak dan momen mana yang perlu dilihat untuk offside.

“Saya telah melihat [ulang tayang] banyak kali dan dari penilaian saya Maddison belum menyentuh bola pun ketika penilaian dilakukan.

“Jelas sekaly Stuart Attwell harus bertanggungjawab mengenai situasi yang beliau nilaikan.”

Ditanya selepas itu adakah kesilapan Attwell ialah kerana menekan butang paused pada ketika yang salah, Klopp berkata:

“Ya, sudah tentu. Kaki Maddison belum menyentuh bola. Jadi bagaimana kita boleh tahu bila Maddison benar-benar menyentuh bola?

“Hanya beberapa millisaat selepas itu tiga pemain Leicester sudah berada begitu hampir dengan gol”.

Ini bukan kali pertama Klopp dan Liverpool mempercayai VAR sentiasa membuat keputusan salah menentang mereka. Anehnya Klopp hanya berdiam diri apabila Mohamed Salah dituduh merebahkan badan untuk mendapatkan penalti, dan kebetulan VAR memihak kepada mereka untuk keputusan tersebut.

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca artikel menarik lain mengenai Jurgen Klopp di:

Senarai Alasan “Ganjil” Pernah Diberikan Klopp Setiap Kali Liverpool Tercicir Mata

https://semuanyabola.com/tag/liverpool/

6 Buah Kelab Yang Tidak Pernah Tersingkir Dari Premier League Sejak 1992

One Comment

  • Gol west brom time lwn MU lagi la, digne tu dh tolak muka lindelöf tapi kira gol. N then reff time tgh counte gi tiup wisel. Aduhaiiiiii

Leave a Reply