Roy Hogdson Penyelamat Crystal Palace, Akhirnya Temui Jaring Gol Dan Kemenangan!

Crystal Palace menanti sehingga 730 minit untuk mengakhiri ‘goalless streaks’  dan ‘winless streaks’ dalam EPL musim ni. Yohan Cabaye melakukan jaringan pada mini ke-11 selepas kawalan yang menarik di dalam kotak penalti.

Namun begitu, Bakayoko menyamakan kedudukan 6 minit kemudian. Tetapi Zaha memastikan Palace di hadapan sebelum
wisel penamat separuh masa pertama. Palace melangkah masuk ke pusat persalinan dengan pendahuluan 2-1.

Chelsea gagal untuk menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua. Chelsea gagal untuk menyamakan kedudukan dengan Palace.

Fabregas mensia-siakan peluang pada saat selepas kesilapan Sakho.

Ini adalah kemenangan pertama Palace musim ini. Mereka juga berjaya melakukan kemenangan back to back dengan Chelsea.

Chelsea gagal mendominasi perlawanan ini secara keseluruhannya. Palace melakukan 14 percubaan gol manakala Chelsea melakukan 15.

Kedua-dua pasukan mencipta 5 percubaan tepat ke arah gol.

Chelsea kini berada di tangga ke-4 dengan Arsenal akan turun menentang Watford.

Roy Hodgson ternyata gembira dengan kemenangan yang bakal memberikan motivasi kepada skuad mereka selepas ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN