Harapan Datuk Seri Najib Tidak Menjadi Kenyataan, Manchester United Diikat Liverpool

Liverpool dan Manchester United beraksi dalam perlawanan yang dianggap paling mencuri perhatian dunia.

Liverpool merasmikan Kenny Dalglish Stand yang dijenamakan semula daripada Cren Stand.

Perlawanan bermula dengan dominasi Man. United pada 5 minit pertama. Namun selepas itu Liverpool menguasai perlawanan.

Sebelum perlawanan ini Manchester United menang dalam 6 perlawanan berturut-turut. Walaupun Manchester United kekalkan rekod tanpa kalah namun mereka gagal meneruskan rentak kemenangan mereka.

Liverpool memiliki beberapa peluang untuk menang dalam perlawanan ini. Namun masalah yang sama apabila mereka gagal untuk menjaringkan gol.

Liverpool memiliki beberapa peluang terbaik menerusi Mohamed Salah. Lukaku juga memiliki peluang terbaik untuk memberikan kemenangan kepada United.

Namun aksi cemerlang De Gea dan Mignolet menjadi penghalang mereka pada hari ini.

Di Malaysia perlawanan ini menjadi tumpuan termasuk penyokong no.1 Manchester United di Malaysia iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak (DSN).

DSN mengharapkan United akan menang 4-0 dalam perlawanan ini. Ini selepas prestasi cemerlang United musim ini.

Keputusan ini meletakkan Manchester United di tangga teratas EPL untuk sekurang-kurangnya beberapa jam sebelum perlawanan City.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN