Mourinho: ‘Kami Bermain Ultra Ofensif 1-0-9 Di Anfield!’

Jose Mourinho ditanya wartawan tentang taktikal beliau pada malam ini. Beliau tahu wartawan cuba mengungkit balik tatikal ultra-defensif ‘9-0-1’ beliau musim lalu. Lalu Jose Mourinho berseloroh berkata:

“Jangan risau, perlawanan menentang Liverpool ini kami akan bermain dengan seorang pertahanan dan 9 penyerang.”

“Ini sistem baru kami. Kami akan melakukan evolusi taktikal lama W-M. Janganlah awak semua risau.”

Manchester United kini dalam prestasi terbaik berhadapan dengan Liverpool yang bergelut sepanjang September dan awal Oktober.

United dibezakan hanya dengan perbezaan jaringan dengan pendahulu, Manchester City.

“Kami pasukan yang lebih baik dalam kedudukan terkini, rasanya kami bermain lebih baik. Ini penting untuk kami dapat lebih keyakinan dengan keputusan-keputusan yang baik sebelum perlawanan ini.”

“Jika kami gagal mendapat keputusan terbaik sebelum ini. Perlawanan ini akan lebih sukar bagi kami.”

Kedua-dua pasukan kehilangan beberapa pemain penting. United tanpa Pogba dan Fellaini. Manakala Liverpool kehilangan Sadio Mane.

LIVERPOOL, ENGLAND – Monday, October 17, 2016: Liverpool’s Emre Can in action against Manchester United’s Marouane Fellaini during the FA Premier League match at Anfield. (Pic by David Rawcliffe/Propaganda)

Namun begitu, kedua-dua pasukan tetap memiliki ramai pemain yang berkualiti untuk perlawanan ini. Paling penting kedua-dua pasukan paling benci untuk kalah perlawanan ini.

Tekanan lebih kepada Liverpool yang memerlukan kemenangan lebih daripada United. Ini selepas kehilangan beberapa mata dalam perlawanan sebelum ini.

Dengan kurangnya tekanan, United sudah pastinya berpotensi menghukum Liverpool. Menarik untuk kita saksikan dalam masa beberapa jam lagi.

Sudah pastinya seluruh dunia menantikan perlawanan ini yang merupakan perlawanan yang besar dalam kalendar bola sepak dunia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN