Pengurus-Jurulatih, Apa Bezanya Buat Vingada

Sebelum perlawanan menentang Hong Kong, FAM telah mengumumkan yang Nelo Vingada akan menjadi Pengurus-Jurutalih (Manager-head coach).

Ini sekaligus menyahkan jawatan Pengurus sahaja yang sebelum ini disandang oleh Datuk Subahan Kamal. Namun Vingada tetap boleh disebut sama ada pengurus mahupun ketua jurulatih, tiada masalah untuk itu.

Namun begitu, apa kelebihan jawatan pengurus-jurulatih ini?

1. Kos operasi

Sudah pastinya ia akan meringankan sedikit pengurusan dan operasi dalam FAM. Vingada mungkin mendapat sedikit kenaikan gaji dalam 30% ataupun mungkin Vingada setuju untuk melakukannya tanpa kenaikan.

Kenapa Vingada berpotensi setuju tidak menerima kenaikan?

Ini kerana Vingada memiliki lebih kuasa mutlak di dalam pengurusan pasukan. Jawatan pengurus-jurulatih ini adalah idaman semua jurulatih.

Namun kami tetap yakin yang Vingada menerima kenaikan gaji. Itu sudah biasa di dalam pengurusan.

Tetapi kos kenaikan itu kurang daripada kos yang dibayar untuk pengurus khas pasukan kebangsaan.

2. Beban tugasan

Jika kita tidak jelas situasi sebenar di bahagian kos, aspek beban tugasan ini adalah pasti berlaku!

Kini Datuk Subahan Kamal boleh lebih fokus kepada tugasan beliau sebagai Timbalan Presiden FAM. Pada masa yang sama, Datuk Subahan Kamal memiliki beberapa jawatan besar yang lain.

Dalam satu satu agensi, pengkhususan tugas akan menjadikan mereka organisasi yang lebih baik. Dalam kes ini, FAM mengecilkan skop tugasan Datuk Subahan Kamal.

Subahan Kamal

Bukan senang untuk menjadi timbalan Presiden FAM. Kerana mereka perlu bersiap sedia setiap masa untuk menjadi ‘presiden’ ketika presiden tiada (misalnya ke luar negara ataupun ada 2 acara serentak memerlukan presiden).

Untuk Nelo Vingada pula, seorang jurulatih pasukan kebangsaan memiliki masa yang agak banyak dalam melakukan tugasan tambahan.

Jose Mourinho berkata:

“Saya menolak untuk menjadi pengurus pasukan kebangsaan buat masa ini kerana saya tidak tahu apa nak buat dalam masa tanpa bola sepak antarabangsa.”

“Saya suka meluangkan masa 3 hari seminggu bersama-sama pemain-pemain saya di dalam padang”

(Photo by Gonzalo Arroyo Moreno/Getty Images)

Bagi jurulatih di Eropah, mengurus dan melatih itu bukanlah tugasan yang terlalu sukar sehinggakan mereka rasa terbeban.

Di liga utama Eropah,pengurus-pengurus mereka tiada masalah mengurus dan menjadi ketua jurulatih pada 1 musim yang melibatkan sehingga lebih 60 perlawanan semusim.

Seperti yang kami tegaskan di atas, mereka akan lebih kawalan kepada pengurusan pasukan mereka. Mereka adalah orang yang lebih tahu apa yang diperlukan oleh pasukan.

Ya masih banyak pasukan di liga utama mengasingkan tugas jurulatih dan pengurus. Namun untuk kelab yang besar, mereka biasanya melantik jurulatih yang lebih berkualiti ataupun kelas A.

Jurulatih ini sudah pastinya ada kemampuan mengurus, misalnya, Spaletti, Allegri, Mourinho, Conte, Klopp.

Arsene Wenger lagi hebat, beliau tidak mahu pengurusan melantik pengarah sukan kerana bagi beliau jawatan itu buang masa dan membazir. Wenger sendiri yang melakukan tugas-tugas teknikal di dalam pengurusan beliau.

3. Pengurusan

Nelo Vingada akan menentukan budget untuk pasukan beliau sendiri. Beliau akan mengawal aliran kewangan untuk pasukan beliau termasuk bayaran elaun pemain dan kos-kos operasi pasukan kebangsaan yang lain seperti bayaran utiliti, kos perjalanan dan sebagainya.

Nelo Vingada juga boleh melantik staf-staf tertentu dengan ada beberapa kuasan autoriti diberikan kepada beliau. Misalnya, dia perlukan lebih ramai jurulatih kecergasan.

Vingada akan menggunakan budget yang ada dalam akaun pengurusan beliau ataupun meminta dana tambahan daripada pihak pengurusan tertinggi.

Bahkan untuk aspek yang kecil seperti jurulatih beliau perlukan kon dan bip tambahan untuk latihan, Vingada boleh terus menggunakan wang yang ada di tangan beliau untuk membelinya, tanpa perlu menulis e-mail rasmi kepada pengurus.

Sampaikan kita boleh bayangkan Vingada mengarahkan pemain beliau yang sedang perjalanan ke pusat latihan membeli terus di kedai sukan dengan mereka dan nanti tuntut balik daripada beliau.

Perkara yang boleh dilakukan dalam masa sejam tak perlu diselesaikan dalam masa sehari selepas ini.

Ia memerlukan seorang jurulatih yang ada latar belakang pengurusan kewangan dan pentadbiran yang baik,

Inilah bahagian yang memberikan perbezaan terbesar kerana, pengurus-jurulatih memiliki kawalan hampir total kepada urusan pasukan kebangsaan.

Mereka ada akses yang lebih dekat dengan jawatan seperti Presiden, CEO, Pengerusi dan sebagainya, tertakluk kepada struktur pengurusan sesebuah pasukan kebangsaan. Halangan birokrasi itu dikurangkan!

Ianya bukan sahaja untuk pemilihan pemain sahaja seperti sebelum ini. Tetapi untuk aspek di pejabat melibatkan siapa dan berapa staf yang diperlukan.

Rumusan

3 perkara di atas ini adalah gambaran ringkas kenapa FAM mengambil langkah untuk melantik Vingada sebagai pengurus jurulatih.

Ia satu langkah yang ke hadapan diambil pentadbiran kali ini. Ianya juga isyarat kepada jurulatih di negara kita bahawa, jika anda ingin melatih skuad kebangsaan, anda juga perlu ada kemampuan untuk mengurus tadbir pasukan.

Jadi, perlantikan Vingada ini tiada kaitan dengan isu dengan konflik di antara FAM dengan Datuk Subahan Kamal. TMJ sendiri beberapa hari lalu memberitahu yang baginda berpuas hati dengan prestasi Datuk Subahan Kamal.

Cuma kali ini, beban tugasan Datuk Subahan Kamal dikurangkan kerana Vingada boleh menggalas tugasan itu.

Rujukan

1. Wikipedia – http://www.dailymail.co.uk/sport/football/article-2199748/Jose-Mourinho-interested-international-management–yet.html

2. Daily Mail – http://www.dailymail.co.uk/sport/football/article-2199748/Jose-Mourinho-interested-international-management–yet.html

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN