Penalti Minit Ke-95 Tak Masuk! Dybala Gagal Halang Immobile Jadi Hero Lazio

Douglas Costa berjaya menjaringkan gol pertama beliau untuk Juventus dalam karier beliau. Sebelum ini Max Allegri mengkritik aksi Costa yang dianggap tidak berkesan buat masa ini.

Costa gagal menjaringkan atau mencipta gol dalam 7 perlawanan pertama Juventus.

Juventus turun menentang salah sebuah lawan yang mereka gemari. Mereka menang 19 daripada 25 perlawanan terakhir Serie A ke atas Lazio setakat ini.

Selain itu, Juventus menjaringkan sebanyak 262 gol dalam sejarah Serie A ke atas Lazio. Tiada pasukan lain yang lebih teruk dibolosi oleh Juventus dalam Serie A lebih daripada Lazio.

Namun dalam perlawanan ini, bintang Brazil, Douglas Costa menjaringkan gol seawal minit ke-23.

Juventus masuk ke bilik persalinan dengan kelebihan 1 gol.

Namun pada separuh masa kedua, sekali lagi Immobile memberikan inspirasi untuk Lazio dengan menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-54.

Kira-kira 10 minit selepas itu, Immobile memastikan Lazio di hadapan dengan 1-2. Ia telah menjadi gol kemenangan mereka.

Penalti Dyabala tersasar!

Juventus memiliki peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan pada masa kecederaan minit ke-95+. Namun penalti Dybala lemah dan diselamatkan Strakosha.

Immobile kini menjaringkan 14 gol daripada 11 perlawanan dalam semua pertandingan untuk Lazio musim ini. Beberapa rekod pertemuan Juventus dengan Lazio telah diakhiri oleh Immobile.

1. Lazio mengakhiri rekod tanpa kemenangan ke atas Juve dalam 25 perlawanan Serie A, 19 kalah dan 6 seri

2. Juventus sebelum ini menang 10 daripada 11 perlawanan terakhir mereka bertemu Lazio.

3. Juventus kalah pertama kali di tempat sendiri selepas 42 perlawanan

Kemenangan ini memastikan Lazio berkongs mata (19) dengan Juventus selepas 8 perlawanan. Nampaknya persaingan Serie A semakin menarik musim ini.

Dalam beberapa perlawanan sebelum ini, Juventus bergelut untuk mendapatkan keputusan yang selesa.

Juventus sudah tidak terlalu selesa berbanding dengan beberapa musim sebelum ini. Ini juga adalah kekalahan pertama Juventus pada musim ini.

Leave a Reply