Roy Hodgson Jelaskan Kenapa Harry Kane Mengambil Sepakan Sudut England

Jika anda merupakan peminat Manchester United, pasti anda akan pernah mempersoal tindakan Louis Van Gaal mengarahkan Phil Jones untuk mengambil sepakan sudut bukan?

[adrotate group=”2″]

Nampaknya hal ini bukan saja berlaku di kem Red Devils sahaja, namun terjadi juga di kem pasukan kebangsaan England!

Jika Van Gaal meletakkan pemain pertahanan tengah untuk mengambil sepakan sudut, pengurus England iaitu Roy Hodgson mengarahkan penyerangnya iaitu Harry Kane untuk berbuat demikian.

Kejutan Hodgson

Hal ini terjadi buat pertama kali pada perlawanan persahabatan antara England dan Turki dimana mereka menang 2-1.

Hodgson mengarahkan Harry Kane untuk mengambil untuk kedua-dua sepakan percuma dan sepakan sudut. Namun tiada satu pun assist atau gol dari Kane hasil dari dua set-pieces tersebut.

Dan pada perlawanan pembukaan England di Piala Eropah 2016 menentang Russia awal pagi tadi, Kane sekali lagi ditugaskan mengambil sepakan sudut untuk negaranya.

Ramai yang mempertikai

Ramai yang mempertikai keputusan bekas pengendali Fulham dan Liverpool ini meletakkan Harry Kane sebagai pengambil sepakan sudut.

Ini kerana jika Hodgson meletakkan Kane sebagai pengambil sepakan sudut, England akan kehilangan satu pemain yang boleh memberi ancaman di udara.

Dalam masa yang sama, Hodgson ada pilihan yang lebih baik dalam skuad England nya seperti James Milner, Wanye Rooney dan Ross Barkley.

Namun Hodgson mempunyai pandangan yang berbeza:

“Ia bergantung kepada siapa yang bermain. Saya tidak perlu meminta maaf atas jika saya mahu Kane mengambil sepakan penjuru.”

“Lebih-lebih bila kita mempunyai pemain yang boleh menyepak sepakan sudut sebaik Kane. Tiada pemain lain yang boleh menyepak sepakan sudut seperti Kane.”

“Jika kami merasakan dia boleh menyepak bola dengan baik, ke arah mana yang dia mahu, kami akan gunakan dia. Jika ada pemain lain yang sama bagus dengannya, kami akan guna pemain lain pula.”

Hodgson turut menjelaskan kunci kejayaan sepakan sudut adalah kepada pengambil sepakannya. Bukan pemain yang menyerang sepakan tersebut.

“Kami percaya kunci kejayaan sebuah sepakan sudut bergantung kepada pengambil sepakannya.”

Kane telah diarahkan untuk mengambil sepakan sudut England ketika perlawanan persahabatan menentang Turki. Ketika perlawanan persahabatan menentang Australia pula, sepakan sudut diambil oleh Ryan Bertrand.

900px x 600px-2

Baca juga: England Mahu Kikis Imej Selalu Gagal Dalam Kejohanan Besar – Dengan Pemain Muda

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN