England Mahu Kikis Imej Selalu Gagal Dalam Kejohanan Besar – Dengan Pemain Muda

Turun sebagai pasukan paling muda dalam Piala Eropah 2016 dengan purata umur skuad hanya 25.8 tahun, England tampil dengan generasi pemain baru.

[adrotate group=”2″]

Tiada lagi nama-nama seperti Joleon Lescott, Glen Johnson dan John Terry. Tiada lagi teori penyokong England yang mengatakan Frank Lampard dan Steven Gerrard tak boleh bermain bersama.

4-2-3-1 atau 4-4-2 diamond?

Berdasarkan perlawanan-perlawanan di peringkat kelayakan dan persahabatan, Roy Hodgson cenderung untuk menggunakan formasi 4-2-3-1 berbanding 4-4-2 diamond yang dicubanya semasa perlawanan persahabatan menentang Australia dan Portugal.

Formasi 4-4-2 diamond tampak kurang berkesan dalam 2 perlawanan tersebut kerana Wayne Rooney gagal menyerlah apabila diletakkan sebagai advanced playmaker di belakang 2 penyerang utama, Harry Kane dan Jamie Vardy.

Formasi 4-2-3-1 dilihat lebih sesuai untuk England kerana 2 sebab:

  • dengan ramai pemain tengah (5 orang), England dapat menguasai bahagian tengah dengan lebih baik.
  • Harry Kane tiada masalah menggalas tugas sebagai lone striker untuk possession-based team seperti yang biasa dilakukannya di Tottenham Hotspur.

Tonggak utama

Wayne Rooney

Ditugaskan memimpin pasukan termuda dalam Piala Eropah 2016 kali ini, Rooney yang mempunyai caps terbanyak dalam pasukan (111 caps) hadir kerana pengaruh dan pengalamannya sebagai kapten meskipun hambar di peringkat kelab pada musim ini.

Harry Kane

Tak kira formasi apa yang bakal dipilih Roy Hodgson, Harry Kane adalah pemain yang wajib ada dalam kesebelasan utama England.

Mahir bermain sebagai lone striker mahupun berpasangan dengan penyerang lain, Kane juga mempunyai teknik menahan bola dan  rembatan yang baik meskipun diasak hebat oleh pertahanan tengah lawan.

Delle Alli

Dele Alli merupakan seorang lagi pemain muda England yang mempunyai masa depan yang cerah jika digilap dengan betul.

Sebagai seorang attacking midfielder, Alli mampu menyerang dan bertahan dengan baik. Perlu diingat, tak semua attacking midfielder yang mempunyai work rate tinggi seperti Alli.

Pemain yang sepatutnya berada dalam skuad England

Mark Noble (West Ham)

Peminat Premier League mengenali Mark Noble sebagai antara box-to-box midfielder yang terbaik dalam liga. Kehadiran beliau dalam skuad England mampu menambah karakter England kerana beliau merupakan pemimpin yang berkaliber di atas padang.

Selain itu, Noble juga mampu menutup kelemahan utama England ketika ini – ketiadaan pengambil set-piece yang baik. Ketika ini penyokong England agak sukar memahami logik Hodgson meletakkan Harry Kane sebagai pengambil sepakan sudut England.

Michail Antonio (West Ham)

Seorang pemain yang sangat versatil, Michail Antonio mampu menambah kualiti England sebagai pemain skuad kerana kebolehannya bermain di bahagian sayap kanan dan kiri – sama ada sebagai full back atau winger.

Pemain yang tidak sepatutnya berada dalam skuad England

Jack Wilshere

Terkenal dengan reputasinya yang mudah tercedera, Jack Wilshere hanya membuat 3 penampilan sahaja untuk Arsenal pada musim lepas. Itu pun 2 kali sebagai pemain gantian dan sekali sahaja sebagai kesebelasan utama.

Bertubuh agak kecil untuk bergelar sebagai jeneral tengah, Wilshere juga kerap hilang penguasaan bola kerana mudah dikasari pemain lawan.

Raheem Sterling

Dengan hanya 6 gol dan 2 assists dalam 31 perlawanan pada musim lepas, kita boleh katakan Raheem Sterling tidak mempunyai musim yang baik di Manchester City.

Tak dinafikan beliau masih muda dan berbakat besar, tetapi Piala Eropah 2016 bukanlah masa untuk beliau membuktikan kebolehannya. Beliau mempunyai 10 bulan di Premier League untuk melakukannya tetapi gagal.

Kelemahan England

Pertahanan tiada depth

Ketika ini Chris Smalling dan Gary Cahill merupakan pertahanan tengah terbaik yang England boleh tawarkan.

Roy Hodgson mempunyai satu lagi pertahanan tengah berbakat – John Stones – tetapi persembahannya di Everton pada musim lepas tidak meyakinkan sesiapa bahawa beliau boleh menjadi pertahanan  tengah pilihan pertama England.

Tiada jeneral tengah

Jika dilihat barisan pemain tengah England – James Milner, Jack Wilshere, Jordan Henderson, Eric Dier – tiada seorang pun daripada mereka layak digelar jeneral tengah.

Iaitu pemain yang boleh bertahan dan menyerang dengan baik seperti Steven Gerrard dan Frank Lampard.

Milner dan Henderson mungkin mempunyai work rate yang tinggi dan sesuai melaksanakan strategi intense pressing, tetapi mereka jauh untuk digelar pemain kreatif.

Wilshere mungkin kreatif merancang serangan, tetapi lemah dalam pertarungan fizikal dan disyaki kurang cergas.

Dier pula adalah anti-thesis Wilshere – berstamina tinggi, kuat fizikalnya dan bagus dalam aspek defensif – tetapi bukan pakar merancang serangan.

Tiada pengambil set-piece

Idea Hodgson meletakkan Harry Kane sebagai set-piece taker sangat tidak digemari oleh penyokong England.

Ketika England lebih memerlukan deria penyudah beliau di kotak penalti, ketiadaan pakar mengambil set-piece memaksa Kane menjadi pengambil sepakan percuma dan sudut England.

Ramai pemain injury-prone

Kehadiran banyak pemain yang mudah cedera seperti Daniel Sturridge, Raheem Sterling, Jack Wilshere dan Adam Lallana bakal merencatkan depth pasukan England.

Jangkaan 

Ramalan prestasi: suku akhir

Terkenal dengan reputasi mereka yang selalu gagal di kejohanan peringkat tertinggi seperti Piala Dunia dan Piala Eropah, England mempunyai halangan mental besar untuk memecah stigma tersebut.

Ketika kempen Piala Dunia 2010, England tewas kepada Jerman di peringkat 16 pasukan terakhir. Semasa Piala Eropah 2012, England kecundang di peringkat suku akhir kepada Itali.

Semasa Piala Dunia 2014, England gagal di peringkat kumpulan pula.

Dalam sejarah mereka, England tidak pernah ke perlawanan akhir Piala Eropah. Pencapaian terbaik mereka hanya di pentas separuh akhir semasa Piala Eropah edisi 1968 dan 1996.

Senarai pemain

Penjaga gol:

Joe Hart (Manchester City), Fraser Forster (Southampton), Tom Heaton (Burnley);

Pertahanan:

Kyle Walker, Danny Rose (Tottenham), Gary Cahill (Chelsea), John Stones (Everton), Chris Smalling (Manchester United), Nathaniel Clyne (Liverpool), Ryan Bertrand (Southampton);

Tengah:

James Milner, Adam Lallana & Jordan Henderson (Liverpool), Eric Dier & Dele Alli (Tottenham), Jack Wilshere (Arsenal), Ross Barkley (Everton), Raheem Sterling (Manchester City);

Penyerang:

Wayne Rooney & Marcus Rashford (Manchester United), Harry Kane (Tottenham), Jamie Vardy (Leicester), Daniel Sturridge (Liverpool);

900px x 600px-2

Baca juga: Previu EURO 2016: Permusuhan Wales-England Dalam Ragbi Bakal Menular Ke Kumpulan B

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN