Quantcast
Adik Beradik Xhaka Hantar 80% Gaji Mereka Kepada Ibu Bapa Untuk Balas Jasa
BERITA

Adik Beradik Xhaka Hantar 80% Gaji Mereka Kepada Ibu Bapa Untuk Balas Jasa

Saturday, 11 Jun 2016

Jika ada anugerah untuk anak yang paling banyak berbudi kepada ibu bapa, adik-beradik Xhaka pasti menjadi salah satu calonnya.

Dalam satu temuramah dengan laman web bola sepak Jerman, Spox, Granit Xhaka mendedahkan beliau dan abangnya, Taulant menyerahkan 80% gaji mereka setiap bulan kepada ibu bapa mereka.

Ketika pemain muda yang lain sibuk membeli rumah dan kereta mewah dengan gaji mereka sebagai pemain profesional, Granit memberitahu beliau dan abangnya lebih berminat untuk membalas jasa kedua ibu bapa mereka.




 

“Kami berjaya sekarang pun disebabkan pengorbanan ibu bapa kami. Kami berhutang segala-galanya kepada mereka. Kami mahu balas jasa mereka.”

“Setiap bulan kami masukkan 80% gaji kami kepada akaun ibu bapa kami.”

Xhaka turut mendedahkan keluarga mereka merupakan ‘harta paling bernilai’.

“Kami masih muda dan agak naif mengurus duit. Jika tak berhati-hati, ia akan cepat habis.”

“Ramai pemain mula lupa diri bila mempunyai duit yang banyak di akaun mereka. Orang macam ini mudah jatuh. Bagi kami, keluarga adalah harta paling bernilai.”

Ketika ditanya mengenai prospek berhadapan dengan abangnya ketika Switzerland menentang Albania (sedang berlangsung ketika artikel ini ditulis), Granit memberitahu:

“Selama 90 minit, saya akan buat-buat tak kenal abang saya. Selepas perlawanan, saya akan peluknya semula.”

 

Menurut laporan Football Insider, Granit Xhaka bakal meraih gaji £120,000 seminggu di Arsenal. Ini bermakna setiap minggu ibu bapanya bakal mendapat £96,000 seminggu daripada Granit sahaja.

Gaji Taulant di FC Basel pula dianggarkan bernilai £15,600. Ini bermakna £12,480 akan diserahkan kepada ibu bapanya.

900px x 600px-2

Baca juga: Apa Sebenarnya Yang Berlaku Semasa Perlawanan Serbia Menentang Albania Semalam

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!

Topik Berkaitan

Kategori Artikel


Kongsi

Komen Artikel: Adik Beradik Xhaka Hantar 80% Gaji Mereka Kepada Ibu Bapa Untuk Balas Jasa



Berita Bola Yang Menarik