Rory Delap: Taktik Ganjil Hull City Hadapi Throw-In Yang Dibenci Wenger

Rory Delap amat sinonim dengan Stoke City. Tidak ramai yang meminati corak permainan Stoke City. Bekas pengurus Arsenal pernah menggelar pasukan ini sebagai sebuah pasukan ragbi.

Ada sebab Wenger mengelarnya sedemikian. Corak permainan konservatif oleh Stoke dianggap sebagai anti-bola sepak. Ia berasaskan permainan bercorak hantaran jauh, dan juga persaingan fizikal – kontra dengan corak permainan menarik yang Wenger amalkan.

Ia boleh menjadi amat menjengkelkan, dan pada masa mengecewakan untuk bermain menentang sebuah pasukan yang dilihat sebagai konservatif, tetapi direct dalam pendekatan dan permainannya.

Rory Delap hantui Wenger

Ini termasuklah kemampuan Rory Delap dengan lontaran jauhnya melakukan ancaman, sehingga mendorong Wenger menulis surat kepada pihak FA agar lontaran sedemikian diharamkan.

Masalah Wenger bermula pada musim 2008/09 selepas Stoke mendapat promosi ke Premier League. Ricardo Fuller menjaringkan gol dari lontaran ke dalam Delap, dan Stoke merekodkan kemenangan 2-1.

Musim berikutnya kedua-duanya berganding sekali lagi untuk Stoke menewaskan Arsenal 3-1 di pusingan keempat Piala FA.

Di saingan liga Arsenal sebenarnya berjaya merekodkan kemenangan 3-1 dalam perlawanan di Stadium Britannia, tetapi kalah dengan jumlah jaringan yang sama pada pengakhiran musim 2010/11.

Selepas dua seri pada dua musim berturut-turut, skuad kendalian Wenger tewas 1-0 pada musim 2013/14 dan 3-2 pada tahun berikutnya.

Satu lagi kekalahan ialah dengan jaringan 1-0 pada permulaan kempen, tahun terakhir Wenger bersama Arsenal pada musim 2017/18.

Sehingga bersara, Wenger dihantui oleh lontaran ke dalam oleh Rory Delap dan Stoke.

Tangisan Huerelho Gomez

Arsenal bukan satu-satunya pasukan pernah melalui buruk berhadapan Stoke dan ancaman ke dalam oleh Rory Delap.

Hanya di dalam tempoh 90 minit perlawanan pada Oktober 2008 misalnya, penjaga gol Tottenham, Heurelho Gomez tertumbuk dan kemudian mencederakan Vedran Corluka, rakan sepasukannya dengan lutut, dalam dua insiden berasingan untuk menumbuk keluar lontaran ke dalam oleh Delap.

Gomez dirakam oleh kamera menangis tatkala serangan dari bola tinggi berterusan dari Stoke akibat tekanan yang perlu dihadapi.

Spurs juga menyaksikan dua pemain mereka dilayangkan kad merah dan memberikan dua penalti, semuanya dalam perlawanan yang sama.

Demikianlah standard bola sepak yang akan dihidangkan di Stadium Britannia buat setiap pasukan yang bertandang.

Taktikal dan formula aneh Hull City

Pada ketika giliran Hull City melawat Stadium Britannia, Stoke telah beraksi tujuh perlawanan di tempat sendiri dan enam jaringan yang dihasilkan adalah dari lontaran ke dalam Delap – termasuk beberapa gol menentang Arsenal.

Merupakan kelab yang mendapat promosi pada musim yang sama, Hull dilihat sebagai kelab yang paling arif berhadapan dengan corak permainan Stoke.

Boaz Myhill adalah penjaga gol Hull pada ketika itu. Sebagaimana penjaga gol lain, Myhill turut sering mengalami masalah terperangkap di antara gumpalan pemain ketika mahu menumbuk keluar bola lontaran Delap.

Hull sendiri beraksi dengan baik pada permulaan musim menuju perlawanan ini. Dan ia bukan menghairankan jika Hull menggunakan taktikal luar biasa untuk menyekat ancaman Delap dan menjadikan Stoke mangsa mereka.

Pemain pertahanan Dean Windass diberikan tugasan khas oleh Phil Brown untuk mengganggu penglihatan Delap setiap kali lontaran dilakukan dengan melakukan gerakan seperti senaman.

Jelas sekali taktikal itu tidak menjadi. Kali kedua Windass berbuat demikian, beliau dilayangkan kad kuning oleh pengadil. Apa yang dilakukan oleh Windass adalah salah satu keseronokan menonton perlawanan Stoke pada ketika itu.

Phil Brown pula pasti sudah mati akal bagaimana untuk menyekat ancaman dari Delap, sehinggalah Myhill tampil dengan jawapan yang tidak disangka.

Dalam salah satu situasi, penjaga gol tersebut memperolehi bola yang dihantar ke belakang. Dalam situasi tersebut, Myhill pasti masih ingat betapa sukar berhadapan dengan ancaman lontaran ke dalam oleh Delap.

Pada kebiasaan, mana-mana penjaga gol akan menyepak bola tersebut keluar untuk lontaran ke dalam. Apatah lagi Myhill juga berhadapan dengan penyerang lawan yang mengejar bola.

https://twitter.com/thfcJak/status/1251823778130284544

Cepat berfikir, Myhill tidak menyepak bola tersebut keluar. Sebaliknya penjaga gol Hull itu memberikan Stoke City sepakan sudut.

Ia adalah taktikal yang aneh, namun berkesan sekurang-kurangnya untuk Hull. Mereka berjaya mempertahankan sepakan sudut oleh Stoke, dan turut mendahului dalam perlawanan tersebut melalui jaringan Marlon King.

Anda mungkin tertanya-tanya keputusan akhir perlawanan ini. Ia berakhir dengan keputusan seri 1-1. Gol penyamaan Stoke datangnya dari sepakan penalti Ricardo Fuller.

Percaya atau tidak, Hull berjaya menemui taktik dan formula untuk meneutralkan ancaman dari lontaran ke dalam oleh Delap dengan memberikan sepakan sudut – kedudukan yang lebih selesa untuk mereka bertahan.

Kita boleh simpulkan lontaran ke dalam oleh Delap adalah lebih bahaya dari sepakan sudut.

Penutup

Formula Boaz Myhill mungkin tiada dalam perancangan asal Phil Brown. Ia juga pasti bukan taktikal yang diatur oleh Phil Brown untuk mengekang ancaman lontaran ke dalam oleh Delap. Namun ia berkesan dalam perlawanan ini.

Mengambil kira Wenger mahukan lontaran oleh Delap diharamkan, maka ia cukup menjelaskan mengapa lontaran ke dalam oleh pemain itu amat digeruni dalam gerakan set pieces.

Bagi penyokong Stoke, kejayaan mereka beraksi di Eropah dan menduduki tangga ke-9 selama tiga musim berturut-turut di antara 2013/14 sehingga 2016/16 adalah satu kebanggaan.

Bagi yang neutral tindakan spontan Myhill menyepak keluar bola untuk sepakan sudut semata untuk mengelak ancaman lontaran ke dalam oleh Delap adalah satu perkara yang aneh, atau pun genius bagi segelintir.

 

Baca artikel menarik lain dari kami:

Kenali Ashwin Raman, Remaja 17 Tahun Dibayar Oleh Kelab Scotland Untuk Buat Analisis

7 Pemain Yang Terjerat Badi Sumpahan Kecederaan Selepas Sertai Real Madrid

Jesse Lingard: 11 Perkara Mengenai Pemilik Baharu Jersi No.11 West Ham

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN