Kenali Ashwin Raman, Remaja 17 Tahun Dibayar Oleh Kelab Scotland Untuk Buat Analisis

Ashwin Raman seperti anda dan saya adalah seorang peminat dan penyokong sukan bola sepak.

Menariknya Raman bukan sekadar meminati bola sepak. Kerana minat tersebut, beliau ditawarkan pekerjaan impian apabila dibayar hanya untuk menonton perlawanan bola sepak untuk kelab.

Ashwin Raman berasal dari Bangalore, India bekerja secara sendirian dari kediamannya sebagai pencari bakat dan penganalisis untuk kelab Scotland, Dundee United.

Remaja berusia 17 tahun itu diupah sebagai kakitangan Dundee United sejak 2019, dan telah menyaksikan kelab itu mendapat promosi pada musim 2o20/21 ini.

Bercakap kepada BBC Taman berkata: “Saya masih cuba mencubit diri ini. Dan saya masih kurang percaya [ditawarkan perkerjaan tersebut.”

Raman mendedahkan beliau menghabiskan banyak masa membaca buku mengenai bola sepak dan tabiat itu membuatkan beliau seperti teruja untuk mengkaji sukan itu dengan lebih mendalam.

Mengenai peranan beliau bersama kelab Liga Perdana Scotland itu, Raman mendedahkan Ketua Pencari Bakat kelab, Stevie Grieve adalah individu bertanggungjawab menghubungi beliau melalui Twitter pada mulanya untuk berbincang mengenai peranan beliau bersama Dundee United.

Raman juga berkongsi bagaimana karier beliau yang tidak diduga di dalam bola sepak itu bermula.

“Pada hari jadi ke-13 saya memulakan sebuah blog penulisan dan mulai menulis beberapa artikel berkaitan analisis perlawanan,” jelas pemuda itu.

Sejak daripada itu daripada itu, hari demi hari, penulisan beliau semakin mendapat maklum balas pembaca dan pengikut di media sosial juga semakin bertambah.

“Kemudian satu hari Stevie Grieve iaitu Ketua Pencari Bakat Dundee United muncul di ruangan mesej Twitter saya untuk menawarkan peranan di kelab beliau.

“Dan kini saya dibayar untuk melakukan perkerjaan untuk kelab dan memberikan impak secara langsung.

“Saya akan diberitahu mengenai jenis pemain yang dikehendaki. Tugas saya ialah untuk melihat kepada sistem data dan mengkaji siapa yang menampilkan prestasi yang dikehendaki berdasarkan profil pemain yang dipinta.

https://twitter.com/AshwinRaman_/status/1316985403144949760

“Dan jika kelab mempunyai sebarang peluang untuk menandatangani pemain tersebut, saya akan menghabiskan masa berjam-jam untuk melakukan kajian dan memberikan laporan beserta pendapat sekiranya pemain itu sesuai dibeli oleh kelab atau tidak.”

Raman ibarat hidup berlandaskan bola sepak setiap hari dan kebanyakkan masa digunakan untuk mengkaji bahan untuk memenuhi peranan yang diberi.

Walaupun India dan UK mempunyai perbezaaan waktu yang ketara, ia tidak pernah menghalang Raman melakukan pekerjaannya.

Disebabkan beliau masih lagi seorang pelajar, maka jadual waktu kerja Raman juga sangat fleksibel.

“Saya sibuk dengan peperiksaan sekarang, maka tidak banyak sangat [analisis] saya lakukan,” tambah beliau lagi.

“Tetapi saya seronok dengan apa yang saya lakukan sekarang dan mahu melihat sejauh mana ia akan membawa saya di dalam bola sepak selepas ini.”

 

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN