Cristiano Ronaldo dilaporkan mengundang empat bintang Manchester United untuk bercuti ke Arab Saudi dan menonton perlawanan Al-Nassr dalam usahanya mahu mengucapkan selamat tinggal kepada bekas rakan sepasukannya itu.
Karier kedua Ronaldo di Old Trafford berakhir dengan agak mendukacitakan selepas berlakunya kontroversi antara beliau bersama kelab.
Segalanya bermula selepas bekas bintang Juventus dan Real Madrid itu mengeluarkan kenyataan-kenyataan panas ketika temubual beliau bersama Piers Morgan.
🇸🇦 Cristiano Ronaldo has asked four of his ex-Man Utd colleagues to come out and see him in Saudi Arabia
👀 The quartet includes Harry Maguire https://t.co/1sCROxXXzJ
— Mirror Football (@MirrorFootball) January 29, 2023
Man United dan Cristiano sendiri akhirnya memutuskan untuk membatalkan kontrak mereka dan berpisah serta merta.
Ketika Ronaldo dilepaskan oleh kelab, beliau sedang menjalani tugasan antarabangsa bersama skuad kebangsaan Portugal dan kerana itulah beliau tidak sempat untuk mengucapkan selamat tinggal kepada rakan sepasukannya.
Selepas sah berpisah dengan Manchester United, Ronaldo akhirnya memilih untuk menyertai gergasi Arab Saudi dengan beliau turut ditawarkan gaji yang sungguh luar biasa lumayan bersama Al-Nassr.
Selepas beraksi beberapa perlawanan bersama Al-Nassr, Ronaldo dilaporkan mengundang empat bekas rakan sepasukannya untuk ke Portugal atau terus ke Arab Saudi untuk bertemu dengannya.
Cristiano Ronaldo 'invites ex-Man United team-mates to Saudi Arabia' https://t.co/hodWP3lpj0
— Mail Sport (@MailSport) January 29, 2023
Laporan sama turut menyatakan bahawa ada beberapa pemain yang masih menghormati dan mengagumi Ronaldo dan mereka turut sedih melihat bagaimana legenda kelab itu pergi tanpa sempat mendapatkan ucapan selamat tinggal selayaknya beliau terima.
Sebelum keluar dari ‘Whatsapp group’ Ronaldo dikatakan sempat mengundang Harry Maguire, Bruno Fernandes, Casemiro dan Raphael Varane untuk ke Arab Saudi dan adakan majlis perpisahan bersama.
Permulaan karier Ronaldo bersama Al-Nassr juga berjalan tidak seperti yang diharapkan selepas beliau dianggap punca gergasi Arab Saudi itu tersingkir dari saingan Saudi Super Cup.
Ronaldo invites four Man Utd pals to Saudi for Al-Nassr game to say goodbye https://t.co/BhUB0d8y4w
— Sun Sport (@SunSport) January 28, 2023
Ronaldo sudah membuat 2 penampilan bersama Al-Nassr namun sayangnya beliau masih gagal untuk menjaringkan sebarang gol.
Beliau berjaya menjaringkan dua gol ketika beraksi bersama pilihan terbaik Al-Nassr dan Al-Hilal bertemu Paris Saint Germain minggu lalu.
Peminat jelas sekali sangat berharap Ronaldo akan mampu menjaringkan banyak gol dan membantu Al-Nassr untuk mencapai kejayaan yang lebih gemilang.
Cristiano Ronaldo has invited four of his former Manchester United teammates to watch him play at Al Nassr and bid a proper goodbye. https://t.co/JFw07lhGiP
— Sportskeeda Football (@skworldfootball) January 29, 2023
Kehadiran Ronaldo berjaya menaikkan pengikut Al-Nassr di media sosial dan peminat berharap agar bintang Portugal itu akan menyumbang hal yang sama di atas padang.